7. Pengurusan Program Memperkasakan Kapasiti, Kebolehan dan Daya Saing Industri Pembinaan
Ringkasan Dokumen
Dasar Pembinaan Negara (DPN) 2030 menyatakan Sektor pembinaan sering dikaitkan dengan neologisme Asia 4D iaitu Kotor (Dirty), Berbahaya (Dangerous), Sukar (Difficult) dan Merendahkan Maruah (Demeaning). Sektor pembinaan di Malaysia perlu be ...
Dasar Pembinaan Negara (DPN) 2030 menyatakan Sektor pembinaan sering dikaitkan dengan neologisme Asia 4D iaitu Kotor (Dirty), Berbahaya (Dangerous), Sukar (Difficult) dan Merendahkan Maruah (Demeaning). Sektor pembinaan di Malaysia perlu berganjak daripada persepsi lapuk ini kepada sektor atau bidang 1D iaitu Dihormati (Dignified) yang lebih diminati dan bermaruah.
Program Memperkasakan Kapasiti, Kebolehan dan Daya Saing Industri Pembinaan (MKKD) adalah di bawah Teras Strategik 4, Pelan Strategik Organisasi (PSO) Kementerian Kerja Raya (KKR) 2016-2020 dan diteruskan di bawah Teras Strategik 3, PSO KKR 2021-2025.
Strategi dan pelan tindakan Program MKKD adalah untuk peningkatan kepakaran tenaga pelatih bagi melahirkan lebih ramai personel industri pembinaan tempatan dan kontraktor bagi mengurangkan kebergantungan tenaga pekerja asing dalam industri pembinaan negara.
Agensi pelaksana Program MKKD ialah KKR, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), CIDB Holdings Sdn. Bhd. (CIDBH), Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan Syarikat 284731-P.
Prestasi program dinilai berdasarkan pencapaian output dan keberhasilan. Pengurusan program meliputi peruntukan dan perbelanjaan, peralatan latihan, pelanggaran syarat tajaan program, pemantauan peringkat KKR dan penguatkuasaan terhadap personel binaan.