MICROSITE LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 

Senarai Laporan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

Penaiktarafan Keretapi Negeri Sabah

Ringkasan Dokumen

  • Pengauditan melibatkan penilaian terhadap dua projek di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) iaitu Kerja-kerja Tambahan Menaiktaraf di Kawasa ...
bacaan penuh
  • Pengauditan melibatkan penilaian terhadap dua projek di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) iaitu Kerja-kerja Tambahan Menaiktaraf di Kawasan Gorge Line antara Stesen Halogilat ke Stesen Tenom dan Perolehan To Design, Manufacture, Supply, Delivery, Testing & Commissioning of Three Sets New Diesel Multiple Unit (DMU) and Six Units of New Non-Powered Car (NPC).
  • Pengauditan dijalankan untuk menilai sama ada penaiktarafan keretapi negeri Sabah diurus dengan cekap dan berkesan bagi mencapai objektif yang ditetapkan iaitu menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan selamat kepada pengguna.
  • Prestasi projek dinilai berdasarkan dua perkara iaitu pencapaian output dan pencapaian keberhasilan (outcome). Pencapaian output dinilai berdasarkan prestasi kemajuan kerja sebenar berbanding yang dijadualkan. Pencapaian keberhasilan dinilai berdasarkan pencapaian objektif projek.
  • Pengurusan projek pula meliputi empat perkara iaitu peruntukan dan perbelanjaan projek, perancangan projek, pelaksanaan projek dan pemantauan projek.
  • Pengauditan telah dijalankan di Kementerian Pengangkutan (MOT), Kementerian Kerja Raya Sabah dan Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS).
tutup


Tag berkaitan: Jabatan Keretapi Negeri Sabah, Kementerian Kerja Raya Negeri Sabah

LIPUTAN MEDIA

  • Tiada Liputan Media berkaitan.

MAKLUMAT

22 Mac 2022
2020 / Siri 1
Bahagian/Tajuk
Persekutuan
Kementerian Pengangkutan Malaysia

MUAT TURUN

Tiada dokumen untuk muat turun ditemui.
  • Diterbitkan pada: 12 Mac 2025
  • Laporan ini dilihat: 532
  • Cetak
Hakcipta Terpelihara © Jabatan Audit Negara