MICROSITE LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 

Senarai Laporan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

4.2. Pengurusan Projek Pemajuan Kawasan

Ringkasan Dokumen

  • Projek Pemajuan Kawasan (PPK) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah merupakan satu projek membangunkan penempatan baharu atau penyusunan semula kampung sedia ada secara terancang di kawasan luar bandar yang dilengkapi dengan kemuda ...
bacaan penuh
  • Projek Pemajuan Kawasan (PPK) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah merupakan satu projek membangunkan penempatan baharu atau penyusunan semula kampung sedia ada secara terancang di kawasan luar bandar yang dilengkapi dengan kemudahan asas dan ameniti sosial. Projek ini telah bermula dari Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) yang dahulunya dikenali sebagai Projek Bersepadu Desa Terpencil (PROSDET) atau Penempatan Semula Kampung (PSK) atau Pusat Pertumbuhan Desa (PPD).
  • Skop pembangunan yang dilaksanakan di bawah PPK meliputi rumah, infrastruktur serta kemudahan dan ameniti sosial.
  • Bagi melaksanakan PPK, agensi pemohon ditawarkan di bawah tiga pakej pelaksanaan mengikut sumber yang ada pada agensi.
  • Projek Pemajuan Kawasan melibatkan 15 PPK yang diluluskan dalam RMKe-11 melibatkan kos projek bernilai RM316 juta.
  • Agensi pelaksana yang terlibat dalam PPK ialah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) Berhad, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), SUK Negeri Sembilan, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Bintulu Development Authority (BDA).
  • Pengauditan meliputi dua bidang utama Audit iaitu prestasi projek dan pengurusan projek.
  • Prestasi projek dinilai berdasarkan dua perkara iaitu pencapaian output/fizikal dan pencapaian keberhasilan.
  • Pengurusan projek pula meliputi enam perkara iaitu prestasi kewangan, pemilihan lokasi, pemilihan peserta, pematuhan kontrak, pentadbiran kontrak serta spesifikasi dan kualiti pembinaan.
tutup


Tag berkaitan:

LIPUTAN MEDIA

  • Tiada Liputan Media berkaitan.

MAKLUMAT

22 November 2023
2022 /
Bahagian/Tajuk
Persekutuan
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

MUAT TURUN

Saiz Dokumen
12.23 MB

Format Dokumen
pdf

Jumlah Muat Turun
262

Baca Muat Turun Portal AG's Dashboard

  • Diterbitkan pada: 09 Mei 2025
  • Laporan ini dilihat: 440
  • Cetak
Hakcipta Terpelihara © Jabatan Audit Negara