MICROSITE LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 

Senarai Laporan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

RISDA Plantation Sdn. Bhd.

Ringkasan Dokumen

  • RISDA Plantation Sdn. Bhd. (RISDA Plantation) diberikan mandat oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) untuk mengurus dan membangunkan tanah milik pekebun kecil melalui projek di ba ...
bacaan penuh
  • RISDA Plantation Sdn. Bhd. (RISDA Plantation) diberikan mandat oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) untuk mengurus dan membangunkan tanah milik pekebun kecil melalui projek di bawah RISDA yang dikenali sebagai Projek Tanam Semula Komersial (TSK). Penyertaan program ini melibatkan pekebun kecil, agensi Kerajaan dan syarikat swasta. Antara agensi Kerajaan yang terlibat adalah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
  • Prestasi dan pengurusan aktiviti utama RISDA Plantation yang dinilai adalah aktiviti perladangan, pemasaran komoditi dan servis
    kontrak bagi tahun 2018 hingga bulan Jun 2021.
  • Dua perkara yang dinilai bagi prestasi aktiviti ialah pencapaian output dan keberhasilan. Pencapaian output dinilai berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama; prestasi perladangan; prestasi pemasaran komoditi kelapa sawit dan prestasi servis kontrak. Pencapaian keberhasilan pula berdasarkan pembayaran dividen kepada peserta TSK.
  • Perkara yang dinilai dalam pengurusan aktiviti ladang dan pemasaran komoditi ialah kerja pembajaan pokok; kerja penuaian Buah Tandan Segar (BTS) kelapa sawit; pemantauan; hapus kira hutang peserta projek; susut berat timbangan BTS dan lokasi Pusat Timbang dan Stor (PTS); keselamatan PTS dan penghutang dagangan.
  • Penilaian terhadap sembilan aspek amalan terbaik tadbir urus korporat iaitu Pengerusi; Lembaga Pengarah; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO); Setiausaha Syarikat; Pelan Strategik dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI); Prosedur Operasi Standard (SOP); Jawatankuasa Audit (JKA) dan Audit Dalam serta Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan. Pengurusan Kewangan turut dinilai meliputi bayaran Lembaga Pengarah dan tuntutan CEO.
  • Analisis kedudukan kewangan dijalankan terhadap penyata kewangan beraudit bagi tahun 2018, 2019 dan 2020.
tutup


Tag berkaitan:

LIPUTAN MEDIA

  • Tiada Liputan Media berkaitan.

MAKLUMAT

22 Mac 2022
2020 / Siri 1
Bahagian/Tajuk
Persekutuan
Kementerian Pembangunan Luar Bandar

MUAT TURUN

Tiada dokumen untuk muat turun ditemui.
  • Diterbitkan pada: 09 Mei 2025
  • Laporan ini dilihat: 854
  • Cetak
Hakcipta Terpelihara © Jabatan Audit Negara