12. Pengurusan Pekerja Asing melalui Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) dan Foreign Workers Centralized Management System (FWCMS)
Ringkasan Dokumen
Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) dan Foreign Workers Centralized Management System (FWCMS) merupakan sistem yang dibangunkan/dilaksanakan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan pekerja asing secara holistik serta membantu ...
Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) dan Foreign Workers Centralized Management System (FWCMS) merupakan sistem yang dibangunkan/dilaksanakan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan pekerja asing secara holistik serta membantu pencapaian dasar penggajian pekerja asing negara.
Pengauditan ini meliputi dua bidang utama Audit iaitu prestasi pembangunan/pelaksanaan dan pengurusan Sistem ePPAx dan FWCMS. Prestasi pembangunan/pelaksanaan sistem dinilai berdasarkan dua perkara iaitu pencapaian output dan pencapaian keberhasilan.
Pencapaian output merangkumi prestasi pembangunan/ pelaksanaan serta penggunaan sistem.
Pencapaian keberhasilan merangkumi keseluruhan pembangunan/pelaksanaan sistem, kecekapan proses pengurusan pekerja asing, kawalan penetapan had kuota serta menilai persepsi majikan terhadap Sistem ePPAx dan FWCMS.
Pengurusan Sistem ePPAx dan FWCMS merangkumi integriti sistem dan data, pengurusan perjanjian, kaedah pelaksanaan dan kawalan keselamatan sistem.
Pengauditan dilaksanakan di Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Sumber Manusia (KSM), Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dan Syarikat 838886-T. Selain itu, lawatan fizikal turut diadakan di One Stop Centre (OSC) KSM, Kuala Lumpur International Airport, Kuala Lumpur International Airport 2 dan premis majikan.