MICROSITE LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 

Senarai Laporan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

10. Pengurusan Program Bandar Selamat

Ringkasan Dokumen

  • Program Bandar Selamat (PBS) merupakan satu program langkah pencegahan jenayah dalam memastikan kadar jenayah di sesebuah kawasan dapat dikurangkan dan membolehkan penduduk di kawasan tersebut hidup dalam kead ...
bacaan penuh
  • Program Bandar Selamat (PBS) merupakan satu program langkah pencegahan jenayah dalam memastikan kadar jenayah di sesebuah kawasan dapat dikurangkan dan membolehkan penduduk di kawasan tersebut hidup dalam keadaan yang selesa dan selamat.
  • PBS dibiayai oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pelaksanaannya diselaraskan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia). Program ini diletakkan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Mengurangkan Jenayah di bawah Program Transformasi Kerajaan.
  • Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut terlibat dalam program ini dengan memberi input taburan jenayah melalui data yang diperoleh daripada Sistem Pemantauan Bandar Selamat (SPBS). Selain itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah agensi pelaksana program di peringkat negeri.
  • Pengauditan tertumpu kepada tiga inisiatif yang dilaksanakan di bawah PBS meliputi Inisiatif Pemutihan Kawasan Blackspot; pembangunan SPBS; dan pencegahan melalui Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV) bagi tempoh tahun 2018 hingga 2022.
  • Prestasi program dinilai berdasarkan kepada dua perkara iaitu pencapaian output dan pencapaian tahap keberhasilan. Pengurusan program pula meliputi empat perkara iaitu peruntukan dan perbelanjaan kewangan, tadbir urus program, pengurusan projek fizikal dan pengurusan Sistem Kamera Litar Tertutup (CCTV).
tutup


Tag berkaitan:

LIPUTAN MEDIA

  • Tiada Liputan Media berkaitan.

MAKLUMAT

22 November 2023
2022 /
Bahagian/Tajuk
Persekutuan

MUAT TURUN

Saiz Dokumen
7.18 MB

Format Dokumen
pdf

Jumlah Muat Turun
259

Baca Muat Turun Portal AG's Dashboard

  • Diterbitkan pada: 12 Mac 2025
  • Laporan ini dilihat: 369
  • Cetak
Hakcipta Terpelihara © Jabatan Audit Negara