MICROSITE LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 

Senarai Laporan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

CSB Land Sdn. Bhd.

Ringkasan Dokumen

  • CSB Land Sdn. Bhd. (CSB Land) merupakan syarikat tujuan khas
    (SPV) milik Cyberview Sdn. Bhd. (Cyberview). Cyberview ialah
    syarikat berkaitan kerajaan yang dikawal selia oleh Menteri
    Kewangan (Diperbadankan) [MKD]. Penubuhan C ...
bacaan penuh
  • CSB Land Sdn. Bhd. (CSB Land) merupakan syarikat tujuan khas
    (SPV) milik Cyberview Sdn. Bhd. (Cyberview). Cyberview ialah
    syarikat berkaitan kerajaan yang dikawal selia oleh Menteri
    Kewangan (Diperbadankan) [MKD]. Penubuhan CSB Land adalah
    untuk melaksanakan pembangunan bercampur yang dikenali
    sebagai projek Laman View di Cyberjaya, Selangor.
  • Penilaian terhadap aktiviti utama CSB Land meliputi dua bidang
    utama iaitu prestasi aktiviti dan pengurusan aktiviti utamanya bagi
    tahun 2020 hingga bulan Mac 2023.
  • Dua perkara yang dinilai bagi prestasi aktiviti ialah pencapaian
    output dan pencapaian keberhasilan. Pencapaian output dinilai
    berdasarkan dua perkara iaitu prestasi pembangunan fizikal dan
    prestasi jualan projek Laman View. Pencapaian keberhasilan pula
    dinilai dengan menganalisis empat perkara iaitu prestasi pulangan
    pelaburan kepada CSB Land; pulangan kepada kerajaan; prestasi
    pembayaran dividen kepada Cyberview; serta tahap kepuasan
    pembeli projek Laman View.
  • Pengurusan aktiviti melibatkan dua perkara iaitu pelaksanaan
    projek Laman View dan pengurusan penjualan unit rumah
    bersubsidi.
  • Pengauditan turut melibatkan penilaian terhadap aspek amalan
    terbaik tadbir urus korporat iaitu elemen Pengerusi; Lembaga
    Pengarah; Setiausaha Syarikat; Pengarah Urusan dan Prosedur
    Operasi Standard (SOP); Pelan Strategik dan Petunjuk Prestasi
    Utama; Jawatankuasa Audit; Audit Dalam; serta Jawatankuasa
    Pencalonan dan Imbuhan bagi tahun 2020 hingga 2022. Analisis
    kedudukan kewangan dijalankan berdasarkan penyata kewangan
    beraudit tahun 2019, 2020 dan 2021.
tutup


Tag berkaitan:

LIPUTAN MEDIA

  • Tiada Liputan Media berkaitan.

MAKLUMAT

22 November 2023
2022 /
Bahagian/Tajuk
Persekutuan
Kementerian Kewangan

MUAT TURUN

Saiz Dokumen
5.25 MB

Format Dokumen
pdf

Jumlah Muat Turun
133

Baca Muat Turun Portal AG's Dashboard

  • Diterbitkan pada: 01 Mei 2025
  • Laporan ini dilihat: 159
  • Cetak
Hakcipta Terpelihara © Jabatan Audit Negara