Secara keseluruhannya berdasarkan skop pengauditan, dirumuskan bahawa pembangunan hartanah industri oleh agensi yang berkaitan telah mencapai objektif dari segi peningkatan pendapatan agensi Kerajaan negeri serta pertu ...
Secara keseluruhannya berdasarkan skop pengauditan, dirumuskan bahawa pembangunan hartanah industri oleh agensi yang berkaitan telah mencapai objektif dari segi peningkatan pendapatan agensi Kerajaan negeri serta pertumbuhan ekonomi negeri Johor. Perancangan pembangunan hartanah industri telah dilaksanakan dengan teratur serta mendapat kelulusan daripada Kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. Penjualan lot industri di Taman Perindustrian Bakri, Taman Perabot Muar dan Kompleks Perindustrian Tanjung Langsat telah mencapai sasaran yang ditetapkan. Bagaimanapun, pembangunan fizikal projek di Taman Perindustrian Pengerang tidak mencapai sasaran serta pembinaan Pusat Pengurusan Sisa Berjadual Johor lewat siap telah menjejaskan pendapatan kepada agensi terlibat. Kerugian pajakan oleh agensi disebabkan syarat kontrak perjanjian yang tidak menyebelahi agensi. Agensi juga terpaksa menanggung cukai tanah semenjak tahun 2015 disebabkan kelewatan pembekal utiliti melaksanakan pindah milik tanah.
tutup