Pengauditan dijalankan terhadap pengurusan aktiviti kejuruteraan yang dilaksanakan oleh FELCRA Bina Sdn. Bhd. (FELCRA Bina), syarikat subsidiari milik penuh FELCRA Berhad.
Pengauditan dijalankan terhadap pengurusan aktiviti kejuruteraan yang dilaksanakan oleh FELCRA Bina Sdn. Bhd. (FELCRA Bina), syarikat subsidiari milik penuh FELCRA Berhad.
Penilaian terhadap pengurusan aktiviti kejuruteraan bagi tempoh tahun 2017 hingga 2020 yang meliputi dua bidang utama Audit iaitu prestasi dan pengurusan aktiviti. Pengauditan dijalankan terhadap 25 projek berjumlah RM72.43 juta yang menyumbang kepada pendapatan tertinggi.
Penilaian terhadap sembilan aspek amalan terbaik tadbir urus korporat iaitu Pengerusi; Lembaga Pengarah; Ketua Pegawai Eksekutif; Setiausaha Syarikat; Prosedur Operasi Standard; Pelan Strategik dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI); Jawatankuasa Audit dan Risiko; Audit Dalam serta Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran.
Analisis terhadap dua tahun penyata kewangan beraudit iaitu 2017 dan 2018 serta akaun pengurusan tahun 2019 merangkumi analisis pendapatan, perbelanjaan, aset dan liabiliti serta aliran tunai.