MICROSITE LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 

Senarai Laporan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

Bank Pertanian Malaysia Berhad

Ringkasan Dokumen

  • Mandat Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) berdasarkan Akta Bank Pertanian Malaysia Berhad 2008 [Akta 684] ialah menyumbang kepada pembangunan sektor pertanian dengan mengukuhkan tanggungjawab sosio-ekon ...
bacaan penuh
  • Mandat Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) berdasarkan Akta Bank Pertanian Malaysia Berhad 2008 [Akta 684] ialah menyumbang kepada pembangunan sektor pertanian dengan mengukuhkan tanggungjawab sosio-ekonomi. Selaras dengan mandat yang diberikan, aktiviti utama Agrobank adalah memberi pembiayaan sekurang-kurangnya pada kadar minimum 70% kepada aktiviti yang berasaskan pertanian. Selain itu, Agrobank menerima deposit dan simpanan daripada pelanggan.
  • Prestasi dan pengurusan aktiviti utama Agrobank yang dinilai adalah kemudahan pembiayaan yang dimandatkan berkaitan pertanian bagi tempoh tahun 2018 hingga bulan September 2021.
  • Dua perkara yang dinilai bagi prestasi aktiviti ialah pencapaian output dan pencapaian keberhasilan. Pencapaian output dinilai berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI); prestasi pembiayaan dimandatkan; dan prestasi kewangan. Pencapaian keberhasilan pula berdasarkan peranan pembangunan dimandatkan; serta keberhasilan penggunaan dana pendeposit dan dana Kerajaan (pembiayaan dan geran).
  • Dua perkara yang dinilai dalam pengurusan aktiviti pembiayaan ialah pengesahan tujuan pembiayaan dan pengurusan pembiayaan
    terjejas.
  • Penilaian terhadap sembilan aspek amalan terbaik tadbir urus korporat iaitu Pengerusi; Lembaga Pengarah; Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif (PCEO); Setiausaha Syarikat; Pelan Strategik dan KPI; Prosedur Operasi Standard; Jawatankuasa Audit; Audit Dalaman; serta Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan dibuat bagi tempoh tahun 2018 hingga 2021.
  • Analisis kedudukan kewangan dijalankan terhadap penyata kewangan beraudit bagi tahun 2018, 2019 dan 2020.
tutup


Tag berkaitan:

LIPUTAN MEDIA

  • Tiada Liputan Media berkaitan.

MAKLUMAT

22 Mac 2022
2020 / Siri 1
Bahagian/Tajuk
Persekutuan
Kementerian Kewangan

MUAT TURUN

Tiada dokumen untuk muat turun ditemui.
  • Diterbitkan pada: 09 Mei 2025
  • Laporan ini dilihat: 465
  • Cetak
Hakcipta Terpelihara © Jabatan Audit Negara