MICROSITE LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 

Senarai Laporan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

Pengurusan Projek Pembangunan Kompleks Bersepadu Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Bukit Kayu Hitam (ICQS)

Ringkasan Dokumen

  • Pembangunan Kompleks Bersepadu Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Bukit Kayu Hitam (Kompleks ICQS) yang dibina adalah bagi menggantikan Kompleks CIQ sedia ada di Kota Perdana, Bukit Kay ...
bacaan penuh
  • Pembangunan Kompleks Bersepadu Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Bukit Kayu Hitam (Kompleks ICQS) yang dibina adalah bagi menggantikan Kompleks CIQ sedia ada di Kota Perdana, Bukit Kayu Hitam untuk kenderaan keluar/masuk Thailand. Model Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) yang digunakan untuk pembangunan Kompleks ICQS ialah Bina-Pajak-Senggara-Pindah [Build-Lease-Maintain-Transfer (BLMT)]. Pelantikan syarikat konsesi adalah secara rundingan terus dan telah dipersetujui secara prinsip sebagai Special Purpose Vehicle (SPV) dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.
  • Kos pembinaan projek berjumlah RM385 juta melibatkan keluasan tapak cadangan seluas 73.82 ekar dengan tapak yang dibangunkan seluas 63.17 ekar. Pembangunan Kompleks ICQS Fasa 1 telah disiapkan pada 26 Februari 2018, manakala Fasa 2 telah disiapkan pada 26 Jun 2019.
  • Pengauditan meliputi dua bidang utama Audit, iaitu prestasi projek dan pengurusan projek. Prestasi projek dinilai berdasarkan pencapaian output dan pencapaian keberhasilan (outcome) projek. Pengurusan projek pula dinilai berdasarkan tujuh perkara iaitu prestasi kewangan, perancangan awal projek, pengurusan pembinaan, pengurusan penyenggaraan, pengurusan ruang, keselamatan dan pemantauan terhadap Kompleks ICQS.
  • Pengauditan ini melibatkan pihak yang bertanggungjawab terhadap pengurusan projek penswastaan iaitu Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan pemilik projek iaitu Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta syarikat konsesi yang dilantik untuk membina dan menguruskan Kompleks ICQS.
tutup


Tag berkaitan: Jabatan Imigresen Malaysia, Unit Kerjasama Awam Swasta

LIPUTAN MEDIA

  • Tiada Liputan Media berkaitan.

MAKLUMAT

22 Mac 2022
2020 / Siri 1
Bahagian/Tajuk
Persekutuan
Kementerian Dalam Negeri

MUAT TURUN

Tiada dokumen untuk muat turun ditemui.
  • Diterbitkan pada: 12 Mac 2025
  • Laporan ini dilihat: 880
  • Cetak
Hakcipta Terpelihara © Jabatan Audit Negara