MICROSITE LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 

Senarai Laporan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

Pengurusan Perkhidmatan dan Kawal Selia Pembetungan di Semenanjung Malaysia

Ringkasan Dokumen

  • Berdasarkan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655), perkhidmatan pembetungan adalah pengumpulan, pembawaan, perawatan dan pelupusan kumbahan atau enap cemar kumbahan dan pe ...
bacaan penuh
  • Berdasarkan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655), perkhidmatan pembetungan adalah pengumpulan, pembawaan, perawatan dan pelupusan kumbahan atau enap cemar kumbahan dan penyenggaraan sistem pembetungan dan nyahenap cemar tangki septik. Kawal selia ialah melaksana dan menguatkuasakan undang-undang perkhidmatan pembetungan kepada pihak berkepentingan, pengguna domestik, pemilik premis (kilang, hotel, pejabat, gudang) dan keseluruhan rakyat Malaysia secara amnya.
  • Pengauditan meliputi dua bidang utama iaitu prestasi dan pengurusan aktiviti perkhidmatan dan kawal selia pembetungan.
  • Prestasi aktiviti dinilai berdasarkan pencapaian output dan pencapaian keberhasilan (outcome).
  • Pengurusan aktiviti pembetungan meliputi antaranya prestasi kewangan, pentadbiran kontrak perancangan projek pembangunan pembetungan, pencapaian penyenggaraan liputan pembetungan tidak bersambung, penguatkuasaan dan pengurusan offset Kumpulan Wang Sumbangan Modal Pembetungan (KWSMP).
  • Pengauditan telah dilaksanakan di Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP), Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
tutup


Tag berkaitan: Indah Water Consortium Sdn. Bhd., Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perkhidmatan Pembentungan, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara .

LIPUTAN MEDIA

  • Tiada Liputan Media berkaitan.

MAKLUMAT

22 Mac 2022
2020 / Siri 1
Bahagian/Tajuk
Persekutuan

MUAT TURUN

Tiada dokumen untuk muat turun ditemui.
  • Diterbitkan pada: 12 Mac 2025
  • Laporan ini dilihat: 803
  • Cetak
Hakcipta Terpelihara © Jabatan Audit Negara