MICROSITE LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 

Senarai Laporan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

Pengurusan Aktiviti Audit Cukai Syarikat

Ringkasan Dokumen

  • Pengauditan ini melibatkan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu agensi utama di bawah Kementerian Kewangan (MoF) yang bertanggungjawab m ...
bacaan penuh
  • Pengauditan ini melibatkan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu agensi utama di bawah Kementerian Kewangan (MoF) yang bertanggungjawab memungut cukai langsung seperti cukai pendapatan syarikat dan bukan syarikat, cukai keuntungan harta tanah, cukai pendapatan petroleum dan duti setem.
  • Audit cukai merupakan aktiviti utama LHDNM di bawah tanggungjawab Jabatan Pematuhan Cukai (JPC). Audit cukai bertujuan bagi meningkatkan pematuhan secara sukarela terhadap undang-undang dan peraturan percukaian serta memastikan pematuhan cukai dicapai di bawah Sistem Taksir Sendiri (STS). Antara akta yang digunakan adalah Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 dan Akta Setem 1949.
  • Pengauditan ini meliputi dua bidang utama iaitu prestasi aktiviti dan pengurusan aktiviti audit cukai syarikat berdasarkan Sistem Taksir Sendiri Syarikat (STSC), Sistem Penilaian Risiko dan Case Management System (CMS) bagi tempoh tahun 2017 hingga 2019.
  • Prestasi aktiviti audit cukai syarikat dinilai berdasarkan dua bidang utama audit iaitu pencapaian output dan pencapaian keberhasilan (outcome). Pencapaian output dinilai berdasarkan kecekapan LHDNM melaksanakan audit cukai syarikat seperti pencapaian KPI, penyelesaian kes audit cukai syarikat dan kes tertunggak. Pencapaian keberhasilan dinilai berdasarkan keberkesanan LHDNM melaksanakan aktiviti audit cukai syarikat seperti cukai tambahan, penalti dan kes tiada penemuan audit bagi tempoh tahun 2017 hingga 2019.
  • Perkara yang dinilai di bawah pengurusan aktiviti audit cukai syarikat pula ialah pemilihan kes audit cukai syarikat dan sistem audit cukai syarikat.
tutup


Tag berkaitan: Lembaga Hasil Dalam Negeri

LIPUTAN MEDIA

  • Tiada Liputan Media berkaitan.

MAKLUMAT

22 Mac 2022
2020 / Siri 1
Bahagian/Tajuk
Persekutuan
Kementerian Kewangan

MUAT TURUN

Tiada dokumen untuk muat turun ditemui.
  • Diterbitkan pada: 09 Mei 2025
  • Laporan ini dilihat: 1088
  • Cetak
Hakcipta Terpelihara © Jabatan Audit Negara