MICROSITE LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 

Senarai Laporan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

Pembangunan Sistem Perakaunan Akruan Kerajaan Negeri (iSPEKS)

Ringkasan Dokumen

  • Sistem Perakaunan Akruan Kerajaan Negeri (iSPEKS) dibangunkan bagi merealisasikan hasrat Kerajaan ke arah lanskap perakaunan akruan dengan merekod, memproses dan mengurus transaksi ...
bacaan penuh
  • Sistem Perakaunan Akruan Kerajaan Negeri (iSPEKS) dibangunkan bagi merealisasikan hasrat Kerajaan ke arah lanskap perakaunan akruan dengan merekod, memproses dan mengurus transaksi kewangan bagi menjana penyata kewangan akruan Kerajaan Negeri.
  • Pengauditan dijalankan untuk menilai sama ada pengurusan iSPEKS telah dilaksanakan dengan berhemat, cekap dan berkesan untuk mencapai objektifnya iaitu mewujudkan sistem perakaunan akruan dan mengeluarkan penyata kewangan akruan yang seragam bagi 11 Kerajaan Negeri, tidak termasuk Sabah dan Sarawak.
  • Pengauditan meliputi dua bidang utama Audit iaitu prestasi dan pengurusan pembangunan iSPEKS. Prestasi pembangunan sistem dinilai berdasarkan dua perkara iaitu pencapaian output dan pencapaian keberhasilan (outcome).
  • Pencapaian output merangkumi prestasi pembangunan keseluruhan iSPEKS, pelaksanaan go-live dan prestasi pencapaian objektif pembangunan iSPEKS.
  • Pencapaian keberhasilan merangkumi perkara berikut:
    • Penyata kewangan akruan dan laporan berkaitan dapat dijana secara real time.
    • Ketepatan penyata kewangan akruan Kerajaan Negeri yang dijana.
    • Kepuasan pengguna mengenai keberkesanan iSPEKS, integriti data, ketepatan data, kesahihan transaksi dan kawalan akses pengguna.
  • Pengurusan pembangunan sistem merangkumi prestasi kewangan, pembekalan perkakasan dan pengurusan aduan berdasarkan Perjanjian Tahap Perkhidmatan [Service Level Agreement (SLA)].
  • Pengauditan dilaksanakan di Bahagian Khidmat Perunding, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) serta Perbendaharaan Negeri Selangor dan Negeri Sembilan.
tutup


Tag berkaitan: Jabatan Akauntan Negara

LIPUTAN MEDIA

  • Tiada Liputan Media berkaitan.

MAKLUMAT

22 Mac 2022
2020 / Siri 1
Bahagian/Tajuk
Persekutuan
Kementerian Kewangan

MUAT TURUN

Tiada dokumen untuk muat turun ditemui.
  • Diterbitkan pada: 12 Mac 2025
  • Laporan ini dilihat: 1044
  • Cetak
Hakcipta Terpelihara © Jabatan Audit Negara