MICROSITE LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 

Senarai Laporan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

BAHAGIAN 2 - PSM - LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

Ringkasan Dokumen

BAYARAN DAN TERIMAAN HASIL PERKONGSIAN PINTAR (SMART PARTNERSHIP)

Perbadanan Stadium Malaysia

Kementerian Belia Dan Sukan


Perkara Utama

  1. Apa yang diaudit?
  • Pengauditan pematuhan t ...
bacaan penuh

BAYARAN DAN TERIMAAN HASIL PERKONGSIAN PINTAR (SMART PARTNERSHIP)

Perbadanan Stadium Malaysia

Kementerian Belia Dan Sukan


Perkara Utama

  1. Apa yang diaudit?
  • Pengauditan pematuhan terhadap Bayaran Dan Terimaan Hasil Perkongsian Pintar (Smart Partnership) yang dilaksanakan di Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).
  1. Mengapa ia penting untuk diaudit?
  • Menentukan pematuhan terhadap undang-undang, peraturan kewangan yang berkuat kuasa, syarat kontrak, pembayaran dan terimaan dilaksanakan dengan teratur.
  1. Apa yang ditemui Audit?
  • Penemuan Audit adalah seperti berikut:

    - Bayaran Perkhidmatan Tanpa Kontrak
  • Perkhidmatan Sistem Tiket di Kuala Lumpur Sports City Bukit Jalil:
  • Tiada dokumen kontrak ditandatangani antara PSM dengan syarikat; dan
  • Bayaran penalti sejumlah RM1.38 juta telah dibayar kepada syarikat walaupun tiada dokumen kontrak ditandatangani.

 

  • Perkhidmatan Katering di Kuala Lumpur Sports City Bukit Jalil:
  • Dokumen kontrak perkhidmatan katering ditandatangani tidak disetem dan dimatikan, tidak ditarikhkan serta tidak lengkap;
  • Komisen pada kadar 10.0% atas invois perkhidmatan katering bagi setiap acara, namun komisen berjumlah RM78,727 tidak dipungut; dan 58 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Bayaran Dan Terim aan Hasil Perko ngsian Pintar ( Sm art Partnership )
  • Tiada kutipan sewa ruang dapur sejumlah RM286,002 dan pengubahsuaian ruang dapur dibuat tanpa kelulusan.

 

            - Perkhidmatan Sistem Bunyi di Kuala Lumpur Sports City Bukit Jalil

  • Penajaan tunai sejumlah RM450,000 belum diterima dan caj penalti lewat bayar sejumlah RM6,750 tidak dikenakan.

  1. Syor Audit
  • Pihak Audit mengesyorkan perkara seperti berikut:

    - Kontrak perlu ditandatangani antara agensi dan pihak syarikat dalam tempoh yang ditetapkan bagi menjamin kepentingan agensi dan syarikat;

    - Bayaran perlu dilaksanakan atau disempurnakan mengikut ketetapan kontrak, Surat Setuju Terima atau prosedur operasi standard yang ditetapkan;

    - Perkhidmatan yang dilaksanakan perlu mematuhi ketetapan kontrak bagi memastikan pelaksanaan kontrak dipatuhi sepenuhnya dan tidak berlaku lebihan atau kurangan bayaran; dan

    - Mengenakan tindakan terhadap pihak syarikat atau pegawai yang tidak mematuhi kehendak atau arahan agensi seperti yang tertakluk dalam undang-undang, peraturan kewangan dan kontrak.
tutup


Tag berkaitan:

LIPUTAN MEDIA

  • Tiada Liputan Media berkaitan.

MAKLUMAT

-
2019 /
Bahagian/Tajuk
Kementerian Belia dan Sukan

MUAT TURUN

Saiz Dokumen
0.54 MB

Format Dokumen
pdf

Jumlah Muat Turun
181

Baca Muat Turun Portal AG's Dashboard

  • Diterbitkan pada: 28 April 2025
  • Laporan ini dilihat: 187
  • Cetak
Hakcipta Terpelihara © Jabatan Audit Negara