Program Pembangunan Hartanah Bumiputera Pulau Pinang merupakan salah satu inisiatif Pelan Strategik Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang. Inisiatif ini lebih tertumpu kepada pelaksanaan projek perumahan dan hartanah yang memberi manfaat kepada Bumiputera Pulau Pinang. Selain itu, perolehan tanah di lokasi yang strategik juga turut dijalankan. Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada Pengurusan Program Pembangunan Hartanah Bumiputera Pulau Pinang telah dirancang dan dilaksanakan dengan berhemat, cekap dan berkesan bagi mencapai objektif yang ditetapkan. Pengauditan meliputi dua (2) bidang utama Audit iaitu prestasi dan pengurusan program bagi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) dan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11). Prestasi program dinilai berdasarkan dua (2) perkara iaitu pencapaian output dan pencapaian outcome. Pengurusan program pula meliputi dua (2) aspek iaitu pencapaian kewangan dan pengurusan projek. Terdapat lima (5) agensi pelaksana yang terlibat dalam pelaksanaan program ini iaitu Syarikat JKP Sdn. Bhd. (JKPSB), Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Perda Ventures Incorporated Sdn. Bhd. (PVISB), UDA Land (North) Sdn. Bhd. (UDA Land) dan Co-opbank Pertama.
Executive Summary
The Penang Bumiputera Property Development Program is one of the initiatives of the Penang Bumiputera Development Strategic Plan. This initiative is more focused on the implementation of housing and real estate projects that benefit the Bumiputera of Penang. In addition, land acquisition in strategic locations is also carried out. This audit is conducted to assess whether the Management of the Penang Bumiputera Property Development Program has been planned and implemented prudently, efficiently and effectively to achieve the set objectives. Audit covers two (2) main areas of Audit, namely performance and program management for the Tenth Malaysia Plan (10MP) and the Eleventh Malaysia Plan (11MP). Program performance is evaluated based on two (2) things, namely output achievement and outcome achievement. Program management covers two (2) aspects, namely financial achievement and project management. There are five (5) implementing agencies involved in the implementation of this program, namely Syarikat JKP Sdn. Bhd. (JKPSB), Penang Regional Development Authority (PERDA), Perda Ventures Incorporated Sdn. Bhd. (PVISB), UDA Land (North) Sdn. Bhd. (UDA Land) and First Co-opbank.