MICROSITE LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 

Senarai Laporan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

11. Pengurusan Program Podium Sukan Elit

Ringkasan Dokumen

  • Program Podium Sukan Elit (Program Podium) yang diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) adalah program persediaan atlet elit untuk mencapai kecemerlangan sukan negara. Program ini telah dilancarkan pada 2 Februari 2016 dan dike ...
bacaan penuh
  • Program Podium Sukan Elit (Program Podium) yang diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) adalah program persediaan atlet elit untuk mencapai kecemerlangan sukan negara. Program ini telah dilancarkan pada 2 Februari 2016 dan dikendalikan oleh Institut Sukan Negara (ISN) pada permulaannya. Pada tahun 2019, berlaku pertukaran agensi pelaksana kepada Majlis Sukan Negara (MSN) bagi memastikan pembangunan atlet dapat dilaksanakan dengan lebih efektif.
  • Peruntukan Program Podium telah diluluskan dalam Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) dengan kos berjumlah RM380 Pelaksanaan Program Podium telah disambung dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) dengan peruntukan berjumlah RM240 juta bagi tahun 2022 hingga 2025.
  • Kelulusan skop Program Podium adalah pelaksanaan Program Latihan Atlet bagi menghadapi temasya sukan utama yang merangkumi pengurusan atlet; pengurusan jurulatih dan anggota sokongan; pengurusan kemudahan dan peralatan latihan; sewaan kemudahan; pendedahan latihan dalam dan luar negara; program kebajikan dan pendidikan atlet; dan perkhidmatan sains dan perubatan sukan.
  • Pengauditan ini merangkumi dua bidang utama Audit iaitu prestasi program dan pengurusan program di bawah ISN dan MSN bagi tempoh tahun 2016 hingga 2022. Prestasi program dinilai berdasarkan pencapaian output dan keberhasilan program. Pengurusan program pula meliputi empat perkara iaitu peruntukan dan perbelanjaan kewangan, pengurusan jurulatih, kemudahan dan peralatan sukan serta penyimpanan aset sukan.
  • Pengauditan telah dijalankan di Bahagian Pembangunan KBS, MSN dan ISN. Pengauditan dilakukan terhadap 16 sampel sukan daripada 35 jenis sukan Program Podium yang melibatkan 10 sukan untuk atlet dan enam sukan untuk atlet para.
tutup


Tag berkaitan:

LIPUTAN MEDIA

  • Tiada Liputan Media berkaitan.

MAKLUMAT

22 November 2023
2022 /
Bahagian/Tajuk
Persekutuan, Badan Berkanun
Kementerian Belia dan Sukan

MUAT TURUN

Saiz Dokumen
5.00 MB

Format Dokumen
pdf

Jumlah Muat Turun
214

Baca Muat Turun Portal AG's Dashboard

  • Diterbitkan pada: 12 Mac 2025
  • Laporan ini dilihat: 369
  • Cetak
Hakcipta Terpelihara © Jabatan Audit Negara