3.2. Pengurusan Program Pemuliharaan Kawasan Perlindungan Marin
Ringkasan Dokumen
Kawasan Perlindungan Marin (MPA) di Malaysia terdiri daripada enam kategori iaitu taman laut, kawasan larangan perikanan, kawasan perlindungan bagi timun laut, taman negeri, taman negara dan kawasan pemuliharaan. Pengurusan MPA adalah di ba ...
Kawasan Perlindungan Marin (MPA) di Malaysia terdiri daripada enam kategori iaitu taman laut, kawasan larangan perikanan, kawasan perlindungan bagi timun laut, taman negeri, taman negara dan kawasan pemuliharaan. Pengurusan MPA adalah di bawah dua peringkat pentadbiran iaitu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri melalui Akta/Enakmen/Ordinan masing-masing. Berdasarkan Senarai Induk Kawasan Perlindungan, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim tahun 2016, terdapat 65 MPA di Malaysia. Jabatan Perikanan (DoF) menguruskan 51 MPA yang terdiri daripada taman laut, kawasan larangan perikanan dan kawasan terlindung bagi timun laut.
Pengauditan tertumpu kepada Program Pemuliharaan MPA yang dibiayai melalui peruntukan pembangunan dan mengurus. Selain itu, program/aktiviti turut dibiayai melalui Kumpulan Wang Amanah Taman Laut dan Rizab Laut.
Prestasi program dinilai berdasarkan dua perkara iaitu pencapaian output program dan pencapaian keberhasilan program. Pengurusan program meliputi enam perkara iaitu peruntukan dan perbelanjaan, kutipan hasil taman laut, pengurusan melabuhkan tukun, pelaksanaan projek, penyenggaraan bangunan pejabat, serta program koordinasi dan kesedaran awam.