MICROSITE LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 

Senarai Laporan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

Pengurusan Dana Dan Aktiviti Pembiayaan TEKUN Nasional

Ringkasan Dokumen

  • TEKUN Nasional telah ditubuhkan pada 9 November 1998 di bawah
    Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut
    Jaminan. Objektif penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk
    menyediakan pembia ...
bacaan penuh
  • TEKUN Nasional telah ditubuhkan pada 9 November 1998 di bawah
    Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut
    Jaminan. Objektif penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk
    menyediakan pembiayaan mikro yang mudah, cepat dan mesra
    usahawan; menyediakan khidmat bimbingan dan sokongan kepada
    usahawan TEKUN Nasional; mewujudkan komuniti dan jaringan
    usahawan; memupuk budaya keusahawanan dan menabung dalam
    kalangan usahawan; dan memastikan pinjaman yang dikeluarkan
    dapat dikutip semula mengikut jadual agar dapat disalurkan semula
    kepada usahawan lain.
  • Aktiviti utama TEKUN Nasional adalah untuk membantu usahawan
    mikro bagi memula dan mengembangkan perniagaan dengan
    memperkenal dan melaksanakan beberapa program pembiayaan.
  • Pengurusan dana dan aktiviti pembiayaan TEKUN Nasional yang
    dinilai ialah 11 program/skim yang diperuntukkan bajet oleh
    Kementerian Kewangan (MOF) pada tahun 2021. Daripada
    11 program ini, lima program dijalankan pengauditan lanjut iaitu
    TEKUN - Bumiputera, Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat
    India (SPUMI), Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor
    Mikro (Covid Business Recovery Micro - CBRM) 2.0, Skim
    Pembiayaan Usahawan Informal (SPIN) 2.0 dan TEKUN
    Mobilepreneur 4.0. Dana lima program ini telah disalurkan kepada
    usahawan hampir keseluruhannya atau melebihi peruntukan yang
    diterima. Skim KONTRAK-i (Kontraktor Kecil) [Kontrak-i]1 dipilih
    sebagai sampel bagi program Bumiputera kerana mempunyai nilai
    pembiayaan tertinggi.
  • Aktiviti pembiayaan melibatkan permohonan pembiayaan,
    kelulusan pembiayaan, aktiviti program/skim pembiayaan, bayaran
    balik pembiayaan, dan tunggakan pembiayaan.
tutup


Tag berkaitan:

LIPUTAN MEDIA

  • Tiada Liputan Media berkaitan.

MAKLUMAT

22 November 2023
2022 /
Bahagian/Tajuk
Persekutuan
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

MUAT TURUN

Saiz Dokumen
3.03 MB

Format Dokumen
pdf

Jumlah Muat Turun
158

Baca Muat Turun Portal AG's Dashboard

  • Diterbitkan pada: 12 Mac 2025
  • Laporan ini dilihat: 292
  • Cetak
Hakcipta Terpelihara © Jabatan Audit Negara