MICROSITE LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 

Senarai Laporan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

MARA Liner Sdn. Bhd.

Ringkasan Dokumen

  • MARA Liner Sdn. Bhd. (MARA Liner) ialah syarikat milik penuh Majlis
    Amanah Rakyat (MARA) yang telah dikorporatkan pada
    17 April 2012 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan mo ...
bacaan penuh
  • MARA Liner Sdn. Bhd. (MARA Liner) ialah syarikat milik penuh Majlis
    Amanah Rakyat (MARA) yang telah dikorporatkan pada
    17 April 2012 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan modal berbayar
    berjumlah RM15 juta. Bagaimanapun mulai 9 November 2021,
    saham MARA Liner telah diambil alih sepenuhnya oleh MARA
    Corporation Sdn. Bhd. (MARA Corporation). Berdasarkan
    Perlembagaan Syarikat, MARA Liner menjalankan perniagaan
    sebagai fleet carriers .
  • Prestasi dan pengurusan aktiviti yang dinilai ialah perkhidmatan bas
    berhenti-henti dan myBAS bagi tempoh tahun 2019 hingga bulan
    Julai 2022.
  • Dua perkara yang dinilai bagi prestasi aktiviti ialah pencapaian
    output dan keberhasilan. Pencapaian output dinilai berdasarkan
    Petunjuk Prestasi Utama (KPI) aspek fizikal, output trip
    perkhidmatan bas berhenti-henti dan output trip perkhidmatan
    myBAS. Pencapaian keberhasilan pula dinilai berdasarkan matlamat
    keuntungan, matlamat khidmat sosial dan pembayaran dividen.
  • Pengurusan aktiviti pula meliputi enam perkara iaitu pentadbiran
    kontrak, operasi perkhidmatan bas berhenti-henti dan myBAS,
    pengurusan bayaran perkhidmatan bas, penyenggaraan dan
    pembaikan bas, stor alat ganti bas serta pemantauan operasi bas
    berhenti-henti dan myBAS.
  • Penilaian terhadap sembilan aspek amalan terbaik tadbir urus
    korporat iaitu Pengerusi, Lembaga Pengarah, Setiausaha Syarikat,
    Ketua Pegawai Eksekutif, Prosedur Operasi Standard, Rancangan
    Korporat/Pelan Strategik dan KPI, Jawatankuasa Audit dan
    Pemeriksaan, Audit Dalam serta Jawatankuasa Pencalonan dan
    Imbuhan dibuat bagi tahun 2019 hingga bulan Julai 2022.
  • Analisis kedudukan kewangan dijalankan terhadap penyata
    kewangan beraudit tahun 2019, 2020 dan 2021.
tutup


Tag berkaitan:

LIPUTAN MEDIA

  • Tiada Liputan Media berkaitan.

MAKLUMAT

16 Februari 2023
2021 / Siri 2
Bahagian/Tajuk
Persekutuan
Kementerian Pembangunan Luar Bandar

MUAT TURUN

Tiada dokumen untuk muat turun ditemui.
  • Diterbitkan pada: 09 Mei 2025
  • Laporan ini dilihat: 902
  • Cetak
Hakcipta Terpelihara © Jabatan Audit Negara