MICROSITE LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 

Senarai Laporan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd.

Ringkasan Dokumen

  • Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. (Grand Borneo) merupakan syarikat
    berhad menurut syer ditubuhkan pada 20 Ogos 2007 di bawah Akta
    Syarikat 1965 [Akta 125 ] dengan modal berbayar berjumlah
    RM38.27 ju ...
bacaan penuh
  • Grand Borneo Hotel Sdn. Bhd. (Grand Borneo) merupakan syarikat
    berhad menurut syer ditubuhkan pada 20 Ogos 2007 di bawah Akta
    Syarikat 1965 [Akta 125 ] dengan modal berbayar berjumlah
    RM38.27 juta. Objektif penubuhan Grand Borneo adalah untuk
    menjalankan perniagaan perhotelan, restoran, kafeteria, motel,
    kem percutian dan tapak karavan. Grand Borneo telah diberi
    tanggungjawab untuk mengurus Hotel Grand Borneo Kota Kinabalu
    (GBHKK) yang terletak di Kota Kinabalu sehingga operasi hotel
    dihentikan pada 31 Disember 2021. Kini, Grand Borneo
    menguruskan lima resort milik FELDA iaitu Felda Residence
    Sahabat, Felda Residence Hot Springs, Felda Residence Kuala
    Terengganu, Felda Residence Tekam dan Felda Residence Tanjung
    Leman.
  • Prestasi dan pengurusan aktiviti utama Grand Borneo yang dinilai
    ialah pengurusan hotel dan resort Kumpulan Felda Residence bagi
    tempoh tahun 2019 hingga bulan Jun 2022. Perkara yang dinilai
    bagi prestasi aktiviti ialah pencapaian output meliputi Kadar
    Pengisian Bilik atau Occupancy Rate (OCC) dan pendapatan
    syarikat. Pencapaian keberhasilan pula meliputi keuntungan
    perkongsian dan maklum balas pelanggan.
  • Bagi pengurusan aktiviti lima Felda Residence (FR), tiga perkara
    yang dinilai iaitu promosi dan pemasaran; penyenggaraan dan
    pembaikan aset serta infrastruktur; dan pengurusan penghutang
    perniagaan.
  • Penilaian terhadap sembilan aspek tadbir urus korporat iaitu
    Pengerusi, Lembaga Pengarah, Pengurus Besar, Setiausaha
    Syarikat, Pelan Perniagaan dan Petunjuk Prestasi Utama, Prosedur
    Operasi Standard, Jawatankuasa Audit (JKA) dan Audit Dalam serta
    Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan dibuat bagi tempoh tahun
    2019 hingga bulan Jun 2022.
  • Analisis kedudukan kewangan dijalankan terhadap penyata
    kewangan beraudit tahun 2018, 2019 dan 2020.
tutup


Tag berkaitan:

LIPUTAN MEDIA

  • Tiada Liputan Media berkaitan.

MAKLUMAT

16 Februari 2023
2021 / Siri 2
Bahagian/Tajuk
Persekutuan
Jabatan Perdana Menteri

MUAT TURUN

Tiada dokumen untuk muat turun ditemui.
  • Diterbitkan pada: 09 Mei 2025
  • Laporan ini dilihat: 742
  • Cetak
Hakcipta Terpelihara © Jabatan Audit Negara