Per kara Utama
Apa yang diaudit?
Pens Industries Sdn. Bhd. (PISB) diperbadankan pada 5 Mac 1986 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan modal berbayar berjumlah RM2.99 juta. PISB merupakan syarikat berha ...
Per kara Utama
Apa yang diaudit?
Pens Industries Sdn. Bhd. (PISB) diperbadankan pada 5 Mac 1986 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan modal berbayar berjumlah RM2.99 juta. PISB merupakan syarikat berhad menurut syer milik penuh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs). PISB dahulunya dikenali Unisandals (Malaysia) Sdn. Bhd..
Penilaian terhadap aktiviti utama PISB bagi tahun 2019 hingga 2021 meliputi dua bidang utama Audit iaitu prestasi dan pengurusan aktiviti. Dua perkara yang dinilai bagi prestasi aktiviti ialah pencapaian output dan pencapaian keberhasilan.
Pengurusan aktiviti pula melibatkan empat perkara iaitu proses operasi pengeluaran bahan batuan; keselamatan operasi kuari; logistik dan peralatan serta aktiviti jualan bahan batuan.
Penilaian terhadap lapan aspek amalan terbaik tadbir urus korporat iaitu Pengerusi; Lembaga Pengarah; Ketua Pegawai Eksekutif; Setiausaha Syarikat; Rancangan Korporat dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI); Prosedur Operasi Standard (SOP); Jawatankuasa Audit; dan Audit Dalam dibuat bagi tempoh tahun
2019 hingga 2021.
Analisis kedudukan kewangan dijalankan terhadap penyata kewangan beraudit bagi tahun 2019, 2020 dan 2021.
tutup