Pengauditan melibatkan penilaian terhadap dasar Pembangunan Kerajaan negeri bagi tanah industri di tiga badan berkanun negeri iaitu Perbadanan Johor (JCorp), Perbadanan Islam Johor (PIJ) dan Yayasan Pelajaran Johor ...
Pengauditan melibatkan penilaian terhadap dasar Pembangunan Kerajaan negeri bagi tanah industri di tiga badan berkanun negeri iaitu Perbadanan Johor (JCorp), Perbadanan Islam Johor (PIJ) dan Yayasan Pelajaran Johor (YPJ).
Pengauditan ini meliputi dua bidang utama iaitu prestasi dan pengurusan pembangunan hartanah industri bagi tahun 2018 hingga 2021. Prestasi hartanah dinilai berdasarkan pencapaian output dan pencapaian keberhasilan. Pencapaian output dinilai berdasarkan pencapaian perancangan pembangunan hartanah, pencapaian pembangunan fizikal, pencapaian penjualan dan pajakan lot industri serta pencapaian pendapatan bagi hartanah yang dijual/dipajak/disewa. Pencapaian keberhasilan pula dilihat daripada pencapaian dasar Kerajaan negeri, pemerkasaan ekonomi kerajaan, pulangan hasil kepada Kerajaan negeri dan kajian persepsi terhadap pengusaha di Taman Perindustrian Bakri. Dari aspek pelaksanaan pengurusan meliputi perancangan, penjualan, pembangunan, pemilikan dan pemantauan.
Pengauditan melibatkan anak syarikat yang membangunkan hartanah industri seperti TPM Technopark Sdn. Bhd. (TPM), YPJ Holdings Sdn. Bhd. (YPJH), YPJ Builders Sdn. Bhd. (YPJ Builders), PIJ Holdings Sdn. Bhd. (PIJH) dan PIJ Manufacturing Sdn. Bhd. (PMSB).
tutup