MICROSITE LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 

Senarai Laporan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

RINGKASAN EKSEKUTIF PENGURUSAN INDUSTRI HIBURAN DAN MINUMAN KERAS

Ringkasan Dokumen

• Setiap industri hiburan yang terlibat perlu mematuhi syarat yang ditetapkan dalam Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 (EHDTTH) dengan memperoleh lesen hiburan. Permohonan lesen hiburan dan minuman keras ...

bacaan penuh

• Setiap industri hiburan yang terlibat perlu mematuhi syarat yang ditetapkan dalam Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 (EHDTTH) dengan memperoleh lesen hiburan. Permohonan lesen hiburan dan minuman keras di negeri Johor di kawal selia oleh Bahagian Pelesenan Pejabat Daerah di setiap daerah. Kelulusan lesen dikeluarkan oleh Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKKN) setelah mendapat pandangan daripada Jabatan Teknikal seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Agensi kerajaan yang berkaitan. Kelulusan lesen diberikan bergantung kepada faktor tempat, jenis aktiviti, peralatan digunakan dan keluasan premis.

• Antara aktiviti perniagaan yang memerlukan lesen hiburan ialah bowling, dewan tarian, pool, pusat hiburan keluarga, karaoke, liveband, pub, taman tema, panggung wayang dan snooker. Sebahagian tempat hiburan juga ada menjual minuman keras yang terdiri daripada liquor yang memabukkan. Bagi penjualan minuman keras, setiap penjual perlu mematuhi Peraturan-Peraturan Eksais (Lembaga Pelesen) (Pindaan) 2014 untuk mendapatkan lesen menjual minuman keras. Aktiviti utama pengurusan lesen hiburan dan minuman keras adalah memproses permohonan, mengakaunkan bayaran lesen dan menjalankan penguatkuasaan bagi memastikan syarat lesen dipatuhi.

• Pengauditan ini meliputi dua bidang utama Audit iaitu prestasi aktiviti dan pengurusan aktiviti. Prestasi aktiviti dinilai berdasarkan kepada pencapaian output dan keberhasilan. Pencapaian output meliputi prestasi kutipan hasil, prestasi kelulusan permohonan, prestasi pembaharuan lesen dan prestasi tempoh masa kelulusan lesen. Pencapaian keberhasilan pula dilihat daripada peningkatan jumlah pelancong ke negeri Johor, peluang pekerjaan kepada penyanyi dan pemuzik tempatan, pendapatan kepada penerbit filem tempatan dan kajian kepuasan penduduk tempatan terhadap operasi premis hiburan. Bagi pengurusan aktiviti pula penilaian dibuat terhadap pengoperasian premis, pengeluaran lesen, tindakan penguatkuasaan dan deposit bagi kelulusan lesen.
Pengauditan dijalankan di Bahagian Pelesenan Pejabat Daerah Batu Pahat (PDBP) dan Pejabat Daerah Kota Tinggi (PDKT) kerana kedua-dua daerah tersebut telah mencatat kutipan hasil tertinggi di negeri Johor secara keseluruhan bagi tempoh tahun 2018 hingga 2021. Lesen hiburan yang dipilih sebagai sampel pengauditan ialah lesen panggung wayang dan tempat hiburan, lesen hiburan billiard/snooker dan lesen hiburan sementara. Manakala, sampel lesen minuman keras pula melibatkan lesen rumah awam kelas satu (RAK 1), rumah awam kelas dua (RAK 2), rumah awam kelas tiga (RAK 3), peniaga borong dan kedai runcit.

tutup


Tag berkaitan:

LIPUTAN MEDIA

  • Tiada Liputan Media berkaitan.

MAKLUMAT

3 Ogos 2022
2021 / Siri 1
Bahagian/Tajuk
Negeri

MUAT TURUN

Saiz Dokumen
0.72 MB

Format Dokumen
pdf

Jumlah Muat Turun
354

Baca Muat Turun Portal AG's Dashboard

  • Diterbitkan pada: 09 Mei 2025
  • Laporan ini dilihat: 318
  • Cetak
Hakcipta Terpelihara © Jabatan Audit Negara