Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (SAINS) ditubuhkan pada 15 Mac 2007 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan nama Syarikat Air Negeri Sembilan Berhad dengan modal berbayar sejumlah RM1 juta. Pada 19 September 2008, SAINS telah didafta ...
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (SAINS) ditubuhkan pada 15 Mac 2007 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan nama Syarikat Air Negeri Sembilan Berhad dengan modal berbayar sejumlah RM1 juta. Pada 19 September 2008, SAINS telah didaftarkan sebagai syarikat persendirian. SAINS merupakan syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Sembilan menerusi Menteri Besar Negeri Sembilan (Pemerbadanan) [MBI].
Objektif syarikat adalah untuk memberikan perkhidmatan berkualiti bagi memenuhi keperluan setiap pelanggan dan pihak-pihak yang berkepentingan (Pemegang Taruh). Visi SAINS adalah untuk menjadi pengendali air terawat terbaik melalui kecemerlangan, inovasi dan sikap bertanggungjawab terhadap komuniti dan alam sekitar. Misi SAINS adalah untuk membekalkan air berterusan yang memenuhi piawaian kebangsaan secara ekonomik.
Aktiviti utama SAINS ialah membekalkan air bersih yang terawat dan berkualiti kepada penduduk Negeri Sembilan. SAINS adalah antara operator air negeri yang pertama menyertai Skim Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Negeri (Skim Migrasi), satu inisiatif Kerajaan Persekutuan untuk menyusun semula bekalan air Kerajaan negeri dan penyediaan perbelanjaan modal. SAINS merupakan pemegang lesen individu (Perkhidmatan) di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 di mana lesen tersebut telah diperbaharui berkuat kuasa pada 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2023.