MICROSITE LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 

Senarai Laporan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

Pengurusan Mitigasi Banjir Kuala Lumpur

Ringkasan Dokumen

  • Tiga kategori banjir yang utama di Malaysia adalah banjir monsun, banjir kilat dan banjir air pasang. Banjir monsun adalah banjir yang disebabkan keamatan hujan yang tinggi dan berterusan iaitu melebihi daripada ...
bacaan penuh
  • Tiga kategori banjir yang utama di Malaysia adalah banjir monsun, banjir kilat dan banjir air pasang. Banjir monsun adalah banjir yang disebabkan keamatan hujan yang tinggi dan berterusan iaitu melebihi daripada enam jam. Banjir kilat merupakan banjir yang disebabkan keamatan hujan yang tinggi dan setempat iaitu kebiasaannya kurang dari tiga jam yang mengakibatkan kenaikan dan penurunan air dalam masa yang singkat kurang dari enam jam. Banjir air pasang adalah banjir yang disebabkan kenaikan air laut semasa air pasang dan melebihi aras air sungai.
  • Strategi Nombor 2 di bawah Teras 1, dalam Pelan Strategik DBKL tahun 2010-2020 menyatakan DBKL mengambil pendekatan dalam pengurusan air hujan dan kawalan banjir dengan menetapkan pelan tindakan jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang.
  • Pengurusan banjir oleh DBKL melibatkan projek mitigasi banjir dan kerja penyenggaraan. Projek mitigasi banjir dilaksanakan berdasarkan Pelan Induk Sistem Saliran Pengurusan Air Hujan Bandaraya Kuala Lumpur (Pelan Induk) dan hotspot banjir kilat.
  • Pelan Induk disediakan oleh perunding 327055-V pada tahun 2017 mencadangkan 104 langkah mitigasi banjir yang perlu dilaksanakan meliputi 25 kawasan tadahan. Lokasi hotspot banjir kilat dikenal pasti oleh DBKL dan sehingga bulan Mac 2022, 171 lokasi hotspot banjir kilat direkodkan oleh DBKL.
  • Sepanjang tempoh tahun 2016 hingga bulan Mac 2022, enam projek mitigasi banjir dilaksanakan di bawah Pelan Induk manakala 17 projek mitigasi banjir di bawah hotspot banjir kilat.
  • DBKL bertanggungjawab mengurus dan menyenggara tiga sungai utama, tujuh sungai besar, 19 sungai kecil, 25 kolam takungan banjir dan rekreasi, sembilan kolam takungan banjir bawah tanah, 326.63km parit induk dan 32 sistem pam kawalan banjir di Kuala Lumpur.
  • Pengauditan meliputi dua bidang utama Audit iaitu prestasi program dan pengurusan program mitigasi banjir bagi tempoh tahun 2016 hingga bulan Mac 2022. Prestasi program dinilai berdasarkan dua perkara iaitu pencapaian output program dan pencapaian keberhasilan program.
  • Pencapaian output dinilai berdasarkan pencapaian langkah mitigasi banjir mengikut Pelan Induk yang disediakan perunding dan hotspot banjir kilat. Pencapaian keberhasilan pula dinilai berdasarkan kepada keberkesanan projek mitigasi banjir yang siap dilaksanakan bagi mengurangkan atau mengatasi masalah banjir di Kuala Lumpur.
  • Pengurusan program meliputi enam perkara iaitu prestasi kewangan, pelaksanaan pelan strategik DBKL, pengurusan perolehan, pentadbiran kontrak, penyenggaraan aset dan inventori program mitigasi banjir serta kolam takungan banjir dan rekreasi.
tutup


Tag berkaitan: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

LIPUTAN MEDIA

  • Tiada Liputan Media berkaitan.

MAKLUMAT

2021 / Siri 1
Bahagian/Tajuk
Persekutuan, Badan Berkanun
Kementerian Wilayah Persekutuan

MUAT TURUN

Tiada dokumen untuk muat turun ditemui.
  • Diterbitkan pada: 12 Mac 2025
  • Laporan ini dilihat: 1250
  • Cetak
Hakcipta Terpelihara © Jabatan Audit Negara