MICROSITE LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 

Senarai Laporan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

Projek Naik Taraf dan Baik Pulih Bangunan Parlimen Malaysia

Ringkasan Dokumen

  • Projek Naik Taraf dan Baik Pulih Bangunan Parlimen Malaysia bermula pada tahun 2011 dengan kos siling asal yang diluluskan oleh Jemaah Menteri (JM) berjumlah RM520 juta. Projek ini dilaksanakan secara berfasa ...
bacaan penuh
  • Projek Naik Taraf dan Baik Pulih Bangunan Parlimen Malaysia bermula pada tahun 2011 dengan kos siling asal yang diluluskan oleh Jemaah Menteri (JM) berjumlah RM520 juta. Projek ini dilaksanakan secara berfasa iaitu fasa 1A, 2A, 2B, 3A, 3B, 2C(i) dan 2C(ii). Sehingga 31 Disember 2021, sebanyak enam fasa telah siap dan satu fasa terakhir iaitu 2C(ii) dalam pelaksanaan dengan keseluruhan kos siling projek terkini berjumlah
    RM626.10 juta.
  • Pengauditan dijalankan untuk menilai sama ada pengurusan projek telah dilaksanakan dengan berhemat, cekap dan berkesan untuk mencapai objektifnya iaitu menaik taraf dan membaik pulih bangunan Parlimen Malaysia dengan memulihara ciri-ciri bangunan warisan kebangsaan. Ini untuk menjadikan Parlimen Malaysia lebih kondusif bagi melaksanakan fungsi sebagai institusi perundangan terunggul serta lambang demokrasi berparlimen negara.
  • Pengauditan meliputi dua bidang utama Audit iaitu prestasi dan pengurusan projek. Prestasi projek dinilai berdasarkan dua perkara iaitu pencapaian output dan pencapaian keberhasilan. Pencapaian output merangkumi pencapaian fizikal projek dan pencapaian pembangunan sistem ICT.
  • Pencapaian keberhasilan merangkumi perkara berikut:
    • Pengukuran keberhasilan terhadap keseluruhan projek.
    • Penggunaan fasiliti yang telah siap dinaik taraf dan dibaik pulih secara optimum.
    • Pengekalan ciri-ciri keaslian warisan pada bangunan Parlimen.
    • Kepuasan pengguna mengenai kemudahan fizikal, sistem sokongan dan pembangunan sistem ICT yang telah dibaik pulih dan dinaik taraf dalam projek ini.
  • Pengurusan aktiviti projek merangkumi prestasi kewangan, pengurusan nilai, pengurusan perolehan dan kontrak, dan tadbir urus pembangunan sistem ICT.
  • Pengauditan telah dijalankan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Parlimen Malaysia dan Jabatan Kerja Raya (JKR). Kementerian Kewangan (MoF) dan Jabatan Warisan Negara (JWN) turut dilibatkan semasa pengauditan dijalankan.
tutup


Tag berkaitan:

LIPUTAN MEDIA

  • Tiada Liputan Media berkaitan.

MAKLUMAT

2021 / Siri 1
Bahagian/Tajuk
Persekutuan, Badan Berkanun

MUAT TURUN

Tiada dokumen untuk muat turun ditemui.
  • Diterbitkan pada: 09 Mei 2025
  • Laporan ini dilihat: 1215
  • Cetak
Hakcipta Terpelihara © Jabatan Audit Negara