MICROSITE LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 

Senarai Laporan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

BAHAGIAN 11 - YGTHO - LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

Ringkasan Eksekutif

bacaan penuh

PROJEK MENAIK TARAF BANGUNAN WISMA KUMPULAN WANG SIMPANAN GURU

Yayasan Guru Tun Hussein Onn

Kementerian Pendidikan Malaysia


Perkara Utama

  1. Apa yang diaudit?
  • Pengauditan pematuhan terhadap Projek Menaik Taraf Bangunan Wisma Kumpulan Wang Simpanan Guru dilaksanakan terhadap proses penamatan kontraktor dan bayaran projek.
  1. Mengapa ia penting untuk diaudit?
  • Menentukan sama ada prosedur tuntutan kerugian dan rampasan Wang Jaminan Pelaksanaan adalah teratur dan selaras dengan akta dan peraturan yang berkuat kuasa.
  1. Apa yang ditemui Audit?
  • Penemuan Audit adalah seperti berikut:

    - Sejumlah RM7.43 juta tidak dituntut daripada kontraktor pertama disebabkan Perakuan Muktamad Kontrak Yang Ditamatkan tidak dikeluarkan; dan

    - Wang Jaminan Pelaksanaan berjumlah RM1.78 juta tidak dirampas selepas Notis Penamatan Pengambilan Kerja Kontraktor dikeluarkan.

  1. Syor Audit
  • Pihak Audit mengesyorkan perkara seperti berikut:

    - Menyediakan akaun penamatan projek dengan segera bagi membolehkan tuntutan terhadap kontraktor boleh dibuat; dan

    - Mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pegawai yang cuai dan tidak mematuhi arahan dan peraturan kewangan yang ditetapkan.
tutup


Tag berkaitan:

LIPUTAN MEDIA

  • Tiada Liputan Media berkaitan.

MAKLUMAT

-
2019 /
Bahagian/Tajuk
Kementerian Pendidikan Malaysia

MUAT TURUN

Saiz Dokumen
0.18 MB

Format Dokumen
pdf

Jumlah Muat Turun
228

Baca Muat Turun Portal AG's Dashboard

  • Diterbitkan pada: 15 Jun 2025
  • Laporan ini dilihat: 146
  • Cetak
Hakcipta Terpelihara © Jabatan Audit Negara