PEROLEHAN TENDER DAN SEBUT HARGA BAGI PERKHIDMATAN PERCETAKAN, PENGANGKUTAN DAN PENGEDARAN BUKU TEKS
Dewan Bahasa Dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia
Perkara Utama
Apa yang diaudit?
Pengauditan pematuhan terhadap Perolehan Tender Dan Sebut Harga Bagi Perkhidmatan Percetakan, Pengangkutan Dan Pengedaran Buku Teks dilaksanakan terhadap proses perolehan, kontrak dan bayaran.
Mengapa ia penting untuk diaudit?
Menentukan pematuhan terhadap prosedur perolehan secara tender dan sebut harga, kontrak dan bayaran mengikut peraturan yang ditetapkan.
Apa yang ditemui Audit?
Penemuan Audit adalah seperti berikut:
- Bayaran penuh berjumlah RM1.05 juta telah dibuat bagi kontrak yang belum ditandatangani sehingga tamat tempoh kontrak;
- Sejumlah RM1.88 juta telah dibayar melebihi tiga (3) kali atau selepas tempoh empat (4) bulan bagi kontrak yang lewat ditandatangani;
- Denda berjumlah RM375,280 tidak dikenakan bagi pengedaran Buku Teks Skim Pinjaman lewat dari tempoh ditetapkan; dan
- Bon pelaksanaan berjumlah RM52,995 tidak dikenakan bagi perolehan Mencetak, Menjilid Dan Membekalkan Buku Teks Kegunaan Tahun 2020.
Syor Audit
Pihak Audit mengesyorkan perkara seperti berikut:
- Memastikan semua kontrak ditandatangani dalam tempoh yang ditetapkan dan bon pelaksanaan dikemukakan kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka sebelum apa-apa bayaran dibuat;
- Memastikan prosedur operasi standard bagi pengeluaran buku teks ditambah baik termasuklah melaksanakan perbincangan dengan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan syarikat bagi memastikan buku teks dapat dibekalkan ke sekolah sebelum sesi persekolahan bermula; dan
- Mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai yang didapati cuai dalam meluluskan pembayaran yang tidak teratur.