TUNTUTAN FAEDAH ATAS KELEWATAN BAYARAN PROJEK PERUMAHAN PR1MA
Perbadanan PR1MA Malaysia
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
Perkara Utama
Apa yang diaudit?
Pengauditan pematuhan terhadap Tuntutan Faedah Atas Kelewatan terhadap lima (5) projek yang dicadangkan batal selaras dengan Pelan Rasionalisasi Projek Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA).
Mengapa ia penting untuk diaudit?
Menentukan tuntutan faedah atas kelewatan bagi projek perumahan PR1MA yang dibatalkan telah dibuat dengan teratur mengikut peraturan dan kontrak yang berkuat kuasa.
Apa yang ditemui Audit?
Penemuan Audit adalah seperti berikut:
- Sejumlah RM53.72 juta faedah atas kelewatan telah dituntut oleh kontraktor dan tuan tanah disebabkan kelewatan bayaran interim dan baki bayaran kos tanah bagi lima (5) projek yang dibatalkan.
Syor Audit
Pihak Audit mengesyorkan perkara seperti berikut:
- PR1MA perlu mengkaji kesan terhadap pembatalan kontrak perjanjian yang melibatkan sejumlah amaun bayaran penyelesaian atau pampasan dan menyediakan peruntukan bagi pembayarannya;
- Had masa bagi tuntutan bayaran interim oleh pihak kontaktor sepatutnya ditetapkan dalam kontrak perjanjian bagi mengelakkan faedah atas kelewatan dikenakan ke atas PR1MA; dan
- Kajian semula terhadap klausa kontrak perjanjian yang dibuat supaya pentadbiran kontrak dan pengurusan pembinaan yang lebih rapi dan berkesan dapat diwujudkan untuk melindungi kepentingan Kerajaan.