MICROSITE LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 

Senarai Laporan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

Perbadanan Nasional Berhad

Ringkasan Dokumen

  • Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) diberi mandat menjadi agensi tunggal untuk melaksanakan Program Pembangunan Francais seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9). Aktiviti utama sya ...
bacaan penuh
  • Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) diberi mandat menjadi agensi tunggal untuk melaksanakan Program Pembangunan Francais seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9). Aktiviti utama syarikat adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan francais selaras dengan keperluan Akta Francais 1998.
  • Penilaian dibuat terhadap aktiviti pembiayaan francais yang meliputi dua bidang utama Audit iaitu prestasi dan pengurusan aktiviti. Prestasi aktiviti meliputi pencapaian output dan pencapaian keberhasilan. Pengurusan aktiviti pula terdiri daripada tiga perkara iaitu permohonan dan kelulusan skim pembiayaan; pengeluaran pembiayaan; dan kutipan bayaran balik pembiayaan (aspek nonperforming financing dan hapus kira hutang lapuk pembiayaan francais).
  • Penilaian terhadap sembilan aspek amalan terbaik tadbir urus korporat iaitu Pengerusi; Lembaga Pengarah; Ketua Pegawai Eksekutif; Setiausaha Syarikat; Pelan Perniagaan dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI); Prosedur Operasi Standard (SOP); Jawatankuasa Audit; Audit Dalam; serta Jawatankuasa Penamaan dan Ganjaran dibuat bagi tempoh tahun 2018 hingga bulan September 2021.
  • Analisis kedudukan kewangan juga dijalankan terhadap penyata kewangan beraudit bagi tahun 2018, 2019 dan 2020.
tutup


Tag berkaitan:

LIPUTAN MEDIA

  • Tiada Liputan Media berkaitan.

MAKLUMAT

22 Mac 2022
2020 / Siri 1
Bahagian/Tajuk
Persekutuan
Kementerian Kewangan

MUAT TURUN

Tiada dokumen untuk muat turun ditemui.
  • Diterbitkan pada: 02 Julai 2025
  • Laporan ini dilihat: 566
  • Cetak
Hakcipta Terpelihara © Jabatan Audit Negara