MICROSITE LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 

Senarai Laporan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

BAHAGIAN 8 - LTAT - LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

Ringkasan Eksekutif

bacaan penuh

PROJEK PEMBANGUNAN PANGSAPURI TAMAN LTAT DAN RESIDENSI BUKIT JALIL

Perbadanan Perwira Harta Malaysia Lembaga Tabung Angkatan Tentera

Kementerian Pertahanan


Perkara Utama

  1. Apa yang diaudit?
  • Pengauditan pematuhan terhadap Projek Pembangunan Pangsapuri Taman LTAT Dan Residensi Bukit Jalil dilaksanakan terhadap kontrak dan bayaran kemajuan.
  1. Mengapa ia penting untuk diaudit?
  • Menentukan projek pembangunan yang dilaksanakan mematuhi undang-undang, peraturan kewangan dan kontrak yang berkuat kuasa serta pembayaran dilaksanakan dengan teratur.
  1. Apa yang ditemui Audit?
  • Penemuan Audit adalah seperti berikut:

    - Projek Pembangunan Pangsapuri Taman LTAT

    - Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) telah membuat bayaran kemajuan sejumlah RM101.14 juta walaupun dokumen kontrak tidak ditandatangani.

    - Bon Pelaksanaan berjumlah RM3.71 juta tidak dilanjutkan untuk tempoh 370 hari, iaitu sehingga 19 Februari 2022 selaras dengan kelulusan lanjutan masa yang diberikan.

    - Denda lewat yang dikenakan oleh PPHM terkurang 26 hari, iaitu dari 5 hingga 31 Januari 2019 berjumlah RM445,162.

    - Residensi Bukit Jalil

    - Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah membayar yuran penyenggaraan berjumlah RM1.71 juta untuk tempoh 36 bulan bermula tahun 2017 sehingga 2019 bagi 88 unit Residensi Bukit Jalil yang belum dijual.

  1. Syor Audit
  • Pihak Audit mengesyorkan perkara seperti berikut:

    - Memastikan kontrak dimuktamadkan segera dan ditandatangani supaya spesifikasi dan syarat kontrak yang dipersetujui dapat dikuatkuasakan.

    - Memastikan 88 unit kediaman di Residensi Bukit Jalil dijual segera bagi mengurangkan tanggungan caj penyenggaraan.

    - Memperkemaskan peraturan kewangan sedia ada supaya selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan WP 7.5, Peraturan Perolehan Badan Berkanun Persekutuan yang berkuat kuasa pada 1 Oktober 2019.

    - Mengenakan tindakan sewajarnya terhadap pegawai yang tidak mematuhi undang-undang, peraturan kewangan, kontrak dan prosedur operasi standard.
tutup


Tag berkaitan:

LIPUTAN MEDIA

  • Tiada Liputan Media berkaitan.

MAKLUMAT

-
2019 /
Bahagian/Tajuk
Kementerian Pertahanan

MUAT TURUN

Saiz Dokumen
0.17 MB

Format Dokumen
pdf

Jumlah Muat Turun
222

Baca Muat Turun Portal AG's Dashboard

  • Diterbitkan pada: 28 April 2025
  • Laporan ini dilihat: 237
  • Cetak
Hakcipta Terpelihara © Jabatan Audit Negara