Pengauditan pematuhan terhadap Penggunaan Dana Kerajaan di Akademi Sains Malaysia (ASM) yang diterima daripada tiga (3) kementerian.
Mengapa ia penting untuk diaudit?
Menentukan pematuhan terhadap undang-undang, peraturan kewangan yang berkuat kuasa, syarat perjanjian dan pembayaran dilaksanakan dengan teratur.
Apa yang ditemui Audit?
Penemuan Audit adalah seperti berikut:
- Perbelanjaan berjumlah RM1.14 juta tidak teratur bagi empat (4) kajian/projek:
- Perbelanjaan terlebih bayar berjumlah RM252,289 bagi elaun ahli pasukan;
- Tuntutan yang tidak wajar bagi cukai berjumlah RM98,542; dan
- Bayaran atas kemudahan/perkhidmatan oleh ASM berjumlah RM787,232 dibuat tanpa kadar yang diluluskan.
Syor Audit
Pihak Audit mengesyorkan perkara seperti berikut:
- Menyediakan prosedur operasi standard yang diluluskan mengenai pengurusan dana dari aspek proses kerja, kenaan kadar dan jenis perbelanjaan yang boleh diiktiraf sebagai hasil ASM selaras dengan akta dan ketetapan serta kelulusan Menteri dan Majlis;
- Menyedia dan mendapatkan kelulusan Majlis bagi belanjawan yang terperinci terhadap dana yang diterima dan dikemukakan untuk persetujuan kementerian yang berkaitan; dan
- Memastikan pematuhan terhadap terma rujukan yang ditetapkan dan sebarang perubahan mendapat kelulusan kementerian berkaitan.