BAYARAN KEPADA KUMPULAN WANG DISATUKAN PERSEKUTUAN
Perbadanan Harta Intelek Malaysia
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
Perkara Utama
Apa yang diaudit?
Pengauditan pematuhan terhadap bayaran kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan (KWDP) oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) selepas tahun ketiga pengendaliannya iaitu mulai tahun 2006 hingga 2019.
Mengapa ia penting untuk diaudit?
Menentukan pematuhan terhadap Seksyen 36 Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002 (Akta 617) dan syarat kelulusan pengecualian cukai pendapatan.
Apa yang ditemui Audit?
Penemuan Audit adalah seperti berikut:
- MyIPO tidak membuat bayaran sebanyak 30% daripada lebihan semasa bagi tahun 2013 hingga 2019 berjumlah RM12.71 juta kepada KWDP mengikut Seksyen 36 Akta 617; dan
- MyIPO tidak membayar cukai pendapatan sejak penubuhannya pada tahun 2003. Amaun yang perlu dibayar dianggarkan berjumlah RM9.06 juta tertakluk kepada kelulusan pengecualian bayaran kepada KWDP.
Syor Audit
Pihak Audit mengesyorkan perkara seperti berikut:
- Membuat bayaran 30% daripada lebihan semasa setiap tahun kepada KWDP selagi kelulusan pengecualian daripada Kementerian Kewangan belum diperoleh; dan
- Membuat peruntukan cukai dan melaporkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia setiap tahun serta membayar amaun cukai berkaitan.