MICROSITE LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 

Senarai Laporan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

BAHAGIAN 5 - PTPK - LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

Ringkasan Eksekutif

bacaan penuh

DANA PROGRAM PINJAMAN AVIATION DAN PROGRAM PEMBIAYAAN

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran

Kementerian Sumber Manusia


Perkara Utama

  1. Apa yang diaudit?
  • Pengauditan pematuhan terhadap Dana Program Pinjaman Aviation Dan Program Pembiayaan yang dilaksanakan di Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran .
  1. Mengapa ia penting untuk diaudit?
  • Menentukan pematuhan terhadap undang-undang, peraturan kewangan yang berkuat kuasa, syarat permohonan dan pembayaran dilaksanakan dengan teratur.
  1. Apa yang ditemui Audit?
  • Penemuan Audit adalah seperti berikut:

    - Penyaluran peruntukan berjumlah RM28.45 juta telah dibuat kepada Penyedia Latihan untuk program latihan yang tidak diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran; dan

    - Bayaran berjumlah RM137,280 telah dibuat kepada Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang untuk badan profesional American Society of Quality yang belum layak dipohon oleh pelatih.

  1. Syor Audit
  • Pihak Audit mengesyorkan perkara seperti berikut:

    - Memastikan penyaluran peruntukan dibuat kepada program yang berdaftar dan diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran sahaja; dan

    - Memastikan penyaluran peruntukan bagi bayaran badan profesional hanya dibuat apabila syarat untuk menduduki peperiksaan dipenuhi dan dituntut oleh pelatih.
tutup


Tag berkaitan:

LIPUTAN MEDIA

  • Tiada Liputan Media berkaitan.

MAKLUMAT

-
2019 /
Bahagian/Tajuk
Kementerian Sumber Manusia

MUAT TURUN

Saiz Dokumen
0.20 MB

Format Dokumen
pdf

Jumlah Muat Turun
144

Baca Muat Turun Portal AG's Dashboard

  • Diterbitkan pada: 28 April 2025
  • Laporan ini dilihat: 142
  • Cetak
Hakcipta Terpelihara © Jabatan Audit Negara