MICROSITE LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 

Senarai Laporan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

BAHAGIAN 4 - MyIPO Bangunan - LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

Ringkasan Eksekutif

bacaan penuh

PEMBELIAN BANGUNAN PEJABAT

Perbadanan Harta Intelek Malaysia

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna


Perkara Utama

  1. Apa yang diaudit?
  • Pengauditan pematuhan terhadap Pembelian Bangunan Pejabat Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang ditandatangani pada 18 Mac 2013 .
  1. Mengapa ia penting untuk diaudit?
  • Menentukan pembelian bangunan pejabat MyIPO telah dilaksanakan selaras dengan undang-undang, peraturan kewangan dan syarat kontrak yang berkuat kuasa.
  1. Apa yang ditemui Audit?
  • Penemuan Audit adalah seperti berikut:

    - Faedah serahan lewat berjumlah RM33.36 juta tidak dikenakan kepada pemaju;

    - MyIPO telah meluluskan dua (2) kali pelanjutan penyerahan bangunan kepada pemaju namun masih belum menerima penyerahan bangunan setakat 4 September 2020;

    - MyIPO telah bersetuju meluluskan perubahan kerja disebabkan kelewatan kelulusan teknikal, masalah kerja-kerja di tapak, isu perundangan dan perubahan terhadap skop kerja asal;

    - Pihak pemaju telah mengemukakan cadangan untuk memberikan pampasan dalam bentuk wang tunai, penukaran auditorium kepada dewan bankuet dan pengurangan kos tempat letak kereta. MyIPO telah bersetuju dengan cadangan pemaju dan tidak menuntut faedah serahan lewat; dan

    - Kesan daripada persetujuan pelanjutan penyerahan bangunan kedua, MyIPO terpaksa menanggung kerugian sejumlah RM2.06 juta dan menanggung bayaran sewa pejabat sedia ada berjumlah RM10.46 juta setahun.

  1. Syor Audit
  • Pihak Audit mengesyorkan perkara seperti berikut:

    - Perubahan kepada terma Perjanjian Jual Dan Beli tidak perlu dilakukan sebelum penyerahan dibuat kerana mungkin akan membuka peluang kepada pemaju untuk memohon lanjutan masa penyiapan; dan

    - Mengkaji dengan teliti sebelum kelulusan diberikan terhadap sebarang pelanjutan masa penyerahan bangunan oleh pemaju dengan mengambil kira risiko kerugian jangka panjang kepada MyIPO.
tutup


Tag berkaitan:

LIPUTAN MEDIA

  • Tiada Liputan Media berkaitan.

MAKLUMAT

-
2019 /
Bahagian/Tajuk
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

MUAT TURUN

Saiz Dokumen
0.17 MB

Format Dokumen
pdf

Jumlah Muat Turun
171

Baca Muat Turun Portal AG's Dashboard

  • Diterbitkan pada: 28 April 2025
  • Laporan ini dilihat: 100
  • Cetak
Hakcipta Terpelihara © Jabatan Audit Negara