MICROSITE LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 

Senarai Laporan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

BAHAGIAN 3 - LGM - LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

Ringkasan Eksekutif

bacaan penuh

BAYARAN PROJEK PEMBANGUNAN LIMA FASILITI DI SUNGAI BULOH

Lembaga Getah Malaysia

Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi


Perkara Utama

  1. Apa yang diaudit?
  • Pengauditan pematuhan terhadap Bayaran Projek Pembangunan Lima Fasiliti Di Sungai Buloh dilaksanakan terhadap perolehan dan pembayaran .
  1. Mengapa ia penting untuk diaudit?
  • Menentukan pematuhan terhadap undang-undang, peraturan kewangan yang berkuat kuasa, syarat perjanjian dan pembayaran dilaksanakan dengan teratur..
  1. Apa yang ditemui Audit?
  • Penemuan Audit adalah seperti berikut:

    - Pembaziran sejumlah RM91.98 juta bagi bayaran kepada Project Delivery Partner (PDP) dan Kontraktor Pakej Kerja (WPC) kerana empat (4) daripada lima (5) fasiliti yang tidak diteruskan pembangunan;

    - Bayaran sejumlah RM2.80 juta telah dibayar kepada PDP tanpa perjanjian tambahan; dan

    - Peralatan dan perisian ICT bernilai RM1.53 juta belum digunakan kerana Projek Pembangunan Lima Fasiliti tidak disiapkan.

  1. Syor Audit
  • Pihak Audit mengesyorkan perkara seperti berikut:

    - Membuat perancangan projek pembangunan secara menyeluruh dan lengkap bagi mengelakkan projek tidak dapat diteruskan yang boleh menyebabkan pembaziran;

    - Memastikan perjanjian disedia dan ditandatangani oleh kedua pihak apabila berlaku perubahan kos projek supaya bayaran dibuat dengan teratur dan menjaga kepentingan Lembaga Getah Malaysia;

    - Merancang penggunaan peralatan dan perisian ICT yang tidak digunakan untuk tujuan lain bagi mengelakkan pembaziran; dan

    - Mengenakan tindakan sewajarnya terhadap pegawai yang tidak mematuhi kehendak dan arahan agensi seperti yang tertakluk dalam undang-undang, peraturan kewangan, perjanjian dan prosedur operasi standard.
tutup


Tag berkaitan:

LIPUTAN MEDIA

  • Tiada Liputan Media berkaitan.

MAKLUMAT

-
2019 /
Bahagian/Tajuk
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

MUAT TURUN

Saiz Dokumen
0.46 MB

Format Dokumen
pdf

Jumlah Muat Turun
227

Baca Muat Turun Portal AG's Dashboard

  • Diterbitkan pada: 28 April 2025
  • Laporan ini dilihat: 241
  • Cetak
Hakcipta Terpelihara © Jabatan Audit Negara