MICROSITE LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 

Senarai Laporan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

BAHAGIAN 1 - LPP - LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

Ringkasan Eksekutif

bacaan penuh

INSENTIF BENIH PADI SAH

Lembaga Pertubuhan Peladang Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan

Perkara Utama :

Apa yang diaudit?

 Pengauditan pematuhan terhadap bayaran tuntutan Insentif Benih Padi Sah (IBPS) oleh syarikat pengeluar.

Mengapa ia penting untuk diaudit?

 Memastikan bayaran tuntutan IBPS oleh syarikat pengeluar dilaksanakan selaras dengan akta, peraturan dan prosedur yang berkuat kuasa.

Apa yang ditemui?

 Penemuan Audit adalah seperti berikut:
- Benih padi yang diberi IBPS berjumlah RM8.06 juta telah dijual kepada petani sebagai Benih Padi Tanpa Subsidi; dan
- Pemborong/peruncit benih padi tidak memiliki lesen.

Syor Audit

 Pihak Audit mengesyorkan perkara seperti berikut:
- Menetapkan harga jualan maksimum Benih Padi Sah kepada petani dan menguatkuasakan keperluan lesen kepada pemborong/peruncit Benih Padi Sah;
- Menggunakan agensi di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) seperti Lembaga Pertubuhan Peladang sebagai saluran untuk mengedarkan benih padi bagi menjamin bekalan benih padi sampai kepada petani mengikut harga yang ditetapkan;
- Memuktamadkan prosedur operasi standard bagi pengeluaran Permit Kebenaran Untuk Memindahkan Padi/Beras antara negeri kepada syarikat pengeluar bagi tujuan kawalan dengan segera; dan
- Mengambil tindakan sewajarnya terhadap syarikat pengeluar sekiranya berlaku pelanggaran syarat perjanjian.

tutup


Tag berkaitan:

LIPUTAN MEDIA

  • Tiada Liputan Media berkaitan.

MAKLUMAT

-
2019 /
Bahagian/Tajuk
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan

MUAT TURUN

Saiz Dokumen
0.36 MB

Format Dokumen
pdf

Jumlah Muat Turun
531

Baca Muat Turun Portal AG's Dashboard

  • Diterbitkan pada: 28 April 2025
  • Laporan ini dilihat: 170
  • Cetak
Hakcipta Terpelihara © Jabatan Audit Negara