Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 (Akta 240) menghendaki setiap Badan Berkanun Persekutuan mengemukakan penyata kewangan tahunan kepada Ketua Audit Negara untuk diaudit. Menteri berkenaan hendaklah m ...
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 (Akta 240) menghendaki setiap Badan Berkanun Persekutuan mengemukakan penyata kewangan tahunan kepada Ketua Audit Negara untuk diaudit. Menteri berkenaan hendaklah membentangkan di Parlimen dengan seberapa segera Penyata Kewangan yang telah diaudit berserta Laporan Tahunan Badan Berkanun Persekutuan. Selaras dengan peruntukan Akta ini dan Akta Audit 1957, Jabatan Audit Negara telah menjalankan pengauditan terhadap Penyata Kewangan Badan Berkanun Persekutuan untuk memberi pendapat sama ada Penyata Kewangan Badan Berkanun Persekutuan bagi tahun berkenaan menggambarkan kedudukan kewangan yang benar dan saksama serta rekod perakaunan berkaitan telah diselenggara dengan teratur dan kemas kini.
tutup