Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 [Akta 62]
menghendaki Ketua Audit Negara mengaudit penyata kewangan, aktiviti
kementerian/jabatan/agensi serta pengurusan badan dan syarikat Kerajaan. Laporan
mengenai pengauditan yang dijalankan hendaklah disediakan dan dikemukakan kepada
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk
mendapatkan perkenan supaya laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat. Bagi
laporan berkaitan dengan sesuatu negeri, ia hendaklah dikemukakan kepada
Sultan/Raja/Yang Dipertua Negeri masing-masing untuk dibentang di Dewan Undangan
Negeri. Bagi Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Negeri Sembilan, selepas dibentangkan
di Dewan Rakyat, ia akan dikemukakan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-
Pertuan Besar Negeri Sembilan yang akan memperkenan laporan itu dibentangkan di
Dewan Undangan Negeri Sembilan.
tutup

kementerian/jabatan/agensi serta pengurusan badan dan syarikat Ke ...