Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 [Akta 62] menghendaki Ketua Audit Negara mengaudit penyata kewangan, aktiviti kementerian/jabatan/agensi serta pengurusan badan dan syarikat Ker ...
Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 [Akta 62] menghendaki Ketua Audit Negara mengaudit penyata kewangan, aktiviti kementerian/jabatan/agensi serta pengurusan badan dan syarikat Kerajaan. Laporan mengenai pengauditan yang dijalankan hendaklah disediakan dan dikemukakan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan supaya laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat. Bagi laporan berkaitan dengan sesuatu negeri, ia hendaklah dikemukakan kepada Sultan/Raja/Yang Dipertua Negeri masing-masing untuk dibentang di Dewan Undangan Negeri. Bagi Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Negeri Johor, selepas dibentangkan di Dewan Rakyat, ia akan dikemukakan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor yang akan memperkenan laporan itu dibentangkan di Dewan Negeri Johor.
tutup