MICROSITE LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 

Senarai Laporan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

6. Program Galakan Pelaburan bagi Sektor Perkilangan

Ringkasan Dokumen

  • Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) merupakan agensi penggalakan pelaburan utama bagi sektor perkilangan dan perkhidmatan di bawah seliaan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). MIDA ditubuhkan sebagai badan berka ...
bacaan penuh
  • Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) merupakan agensi penggalakan pelaburan utama bagi sektor perkilangan dan perkhidmatan di bawah seliaan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). MIDA ditubuhkan sebagai badan berkanun pada tahun 1967 di bawah Akta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2011 [Akta 397].
  • MITI pada 19 Mei 2010 telah menurunkan kuasa bagi semua kelulusan galakan pelaburan di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986 [Akta 327], Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 [Akta 156] dan Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53] kepada Pengerusi atau Ketua Pengarah MIDA.
  • Program galakan pelaburan bagi sektor perkilangan yang diuruskan oleh MIDA terbahagi kepada dua kategori iaitu insentif dan geran. Insentif ditawarkan melalui pengecualian cukai bersamaan Taraf Perintis (PS) atau Elaun Cukai Pelaburan (ITA). Geran utama yang berkait langsung dengan sektor perkilangan merangkumi Dana Berimpak Tinggi (HIF), Dana Strategik Pelaburan Tempatan (DISF), Geran Industry4WRD Intervention Fund (IF), Geran Automasi Pintar (SAG) dan Geran Menaik Taraf Infrastruktur Kawasan Perindustrian (GI).
  • Pengauditan ini meliputi dua bidang utama Audit iaitu prestasi program dan pengurusan program galakan pelaburan bagi tempoh tahun 2016 hingga 2022. Prestasi program dinilai berdasarkan pencapaian output dan keberhasilan insentif serta geran. Pengurusan program pula dinilai berdasarkan peruntukan dan perbelanjaan kewangan, nilai pelaburan diluluskan dan direalisasikan serta pematuhan syarat kelayakan geran.
  • Pengauditan ini melibatkan MIDA sebagai auditi utama, MITI sebagai kementerian yang menyelia dan memantau pelaksanaan program, Kementerian Kewangan (MoF) sebagai pengerusi bersama MITI dalam Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan (NCI) serta Kementerian Ekonomi yang turut menganggotai NCI.
tutup


Tag berkaitan:

LIPUTAN MEDIA

  • Tiada Liputan Media berkaitan.

MAKLUMAT

22 November 2023
2022 /
Bahagian/Tajuk
Persekutuan, Badan Berkanun

MUAT TURUN

Saiz Dokumen
3.22 MB

Format Dokumen
pdf

Jumlah Muat Turun
204

Baca Muat Turun Portal AG's Dashboard

  • Diterbitkan pada: 01 Mei 2025
  • Laporan ini dilihat: 309
  • Cetak
Hakcipta Terpelihara © Jabatan Audit Negara