MICROSITE LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 

Senarai Laporan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

5. Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara

Ringkasan Dokumen

  • Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia telah diberi tanggungjawab menyelaras dan memantau pelaksanaan Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRAB). PRAB dilaksanakan dalam tiga fasa. PRAB Fasa 1 dilaksanakan bermula pada tahun 2015 ...
bacaan penuh
  • Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia telah diberi tanggungjawab menyelaras dan memantau pelaksanaan Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRAB). PRAB dilaksanakan dalam tiga fasa. PRAB Fasa 1 dilaksanakan bermula pada tahun 2015 hingga 2024 di tiga Lembangan sungai utama iaitu Sungai Kelantan, Sungai Terengganu dan Sungai Pahang. Bagi PRAB Fasa 2, ianya telah bermula pada tahun 2018 dan dijangka akan siap pada tahun 2025 melibatkan 38 lembangan sungai seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. JPS juga sedang merancang untuk meluaskan PRAB ini ke lembangan sungai lain di Sabah dan Sarawak bagi dilaksanakan dalam PRAB Fasa 3.
  • PRAB menyediakan perkhidmatan ramalan dan amaran banjir yang efektif dan berkesan kepada orang awam. PRAB merangkumi empat komponen utama yang dilaksanakan secara bersepadu. Komponen tersebut adalah seperti berikut:
    • membangunkan sistem pengesanan data hidrologi;
    • membangunkan sistem pangkalan data dan infrastruktur ICT;
    • membangunkan sistem ramalan dan pemodelan banjir; dan
    • meningkatkan sistem amaran dan hebahan.
  • Pengauditan ini meliputi dua bidang utama Audit iaitu prestasi dan pengurusan PRAB Fasa 1 yang merangkumi komponen pengesanan, ramalan, infrastruktur ICT dan pangkalan data serta amaran dan hebahan. Prestasi program dinilai berdasarkan dua perkara iaitu pencapaian output dan pencapaian keberhasilan.
  • Pencapaian output dari aspek infrastruktur merangkumi prestasi pelaksanaan PRAB Fasa 1 meliputi pembinaan Stesen Hidrologi Telemetri, Siren dan Rangkaian Komunikasi, Pembangunan Sistem Operasi Ramalan Bersepadu (iFOS) serta amaran dan hebahan. Pencapaian output dari aspek prestasi sistem merangkumi ketiga-tiga objektif dalam PRAB Fasa 1.
  • Pencapaian keberhasilan dinilai berdasarkan keberkesanan pengurusan Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara untuk menyediakan perkhidmatan ramalan dan amaran banjir yang efektif dan berkesan kepada orang awam bagi meminimumkan impak sosial dan ekonomi disebabkan oleh banjir.
  • Penilaian pengurusan PRAB merangkumi tadbir urus projek, prestasi kewangan, pengurusan perolehan, pentadbiran kontrak, pengurusan sistem, penilaian keselamatan, pengurusan data dan penyenggaraan peralatan.
tutup


Tag berkaitan:

LIPUTAN MEDIA

  • Tiada Liputan Media berkaitan.

MAKLUMAT

22 November 2023
2022 /
Bahagian/Tajuk
Persekutuan, Badan Berkanun

MUAT TURUN

Saiz Dokumen
7.72 MB

Format Dokumen
pdf

Jumlah Muat Turun
479

Baca Muat Turun Portal AG's Dashboard

  • Diterbitkan pada: 12 Mac 2025
  • Laporan ini dilihat: 749
  • Cetak
Hakcipta Terpelihara © Jabatan Audit Negara