Pengauditan Penilaian Kendiri Syarikat Kerajaan merupakan Projek Rintis Jabatan Audit Negara yang dilaksanakan pada tahun 2023.
Setakat 12 Disember 2022, sebanyak 925 syarikat/badan lain telah diwartakan untuk diaudit oleh Ketua Audit Negara. Pewartaan melibatkan sebanyak 207 (22.4%) syarikat/badan lain Kerajaan Persekutuan, 170 (18.4%) syarikat Badan Berkanun Persekutuan (BBP) dan 548 (59.2%) syarikat/badan lain Kerajaan Negeri.
Pengauditan syarikat mula dilaksanakan pada tahun 2004, bagaimanapun hanya 391 daripada 925 syarikat (42.3%) telah diaudit dalam tempoh masa 19 tahun. Oleh itu, Jabatan Audit Negara mengambil inisiatif dengan memperkenalkan penilaian kendiri syarikat kerajaan. Projek rintis ini dijalankan terhadap 30 syarikat.