MICROSITE LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 

Senarai Laporan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

UiTM Holdings Sdn. Bhd.

Ringkasan Dokumen

  • UiTM Holdings Sdn. Bhd. (UiTM Holdings) ialah sebuah Syarikat
    Berhad Menurut Syer diperbadankan pada 5 Jun 2007 di bawah
    Akta Syarikat 1965 [Akta 125 ] dengan modal berbayar awal RM2
    dan meningkat kepada RM259.98 juta setakat ...
bacaan penuh
  • UiTM Holdings Sdn. Bhd. (UiTM Holdings) ialah sebuah Syarikat
    Berhad Menurut Syer diperbadankan pada 5 Jun 2007 di bawah
    Akta Syarikat 1965 [Akta 125 ] dengan modal berbayar awal RM2
    dan meningkat kepada RM259.98 juta setakat 31 Disember 2022.
    Modal berbayar ini terdiri daripada saham biasa berjumlah
    RM124.38 juta dan Saham Keutamaan Boleh Tukar Boleh Tebus
    Terkumpul Islam berjumlah RM135.60 juta. UiTM Holdings ialah
    syarikat milikan penuh Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang
    dikawal selia oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.
  • Prestasi dan pengurusan aktiviti utama UiTM Holdings yang dinilai
    ialah pelaburan dalam syarikat subsidiari bagi tempoh tahun
    2019 hingga bulan Mac 2023.
  • Dua perkara yang dinilai bagi prestasi aktiviti ialah pencapaian
    output dan pencapaian keberhasilan. Pencapaian output UiTM
    Holdings diukur berdasarkan tiga perkara iaitu petunjuk prestasi
    utama (KPI); prestasi pelaburan dalam syarikat subsidiari; dan
    prestasi kewangan Kumpulan UiTM Holdings. Pencapaian
    keberhasilan pula dinilai berdasarkan dua aspek iaitu pulangan
    dividen tahunan kepada UiTM; dan penjimatan kos tenaga elektrik
    UiTM.
  • Penilaian pengurusan aktiviti pula dibuat terhadap empat perkara
    iaitu suntikan modal oleh UiTM; aktiviti pelaburan dalam bidang
    perniagaan Tenaga; aktiviti pelaburan dalam bidang perniagaan
    Penjagaan Kesihatan; serta hala tuju strategik pelaburan.
  • Penilaian terhadap sembilan elemen tadbir urus korporat iaitu
    Pengerusi; Lembaga Pengarah; Ketua Pegawai Eksekutif
    Kumpulan; Setiausaha Syarikat; Pelan Perniagaan dan KPI;
    Prosedur Operasi Standard; Jawatankuasa Audit dan Risiko; Audit
    Dalam; serta Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan dibuat bagi
    tempoh tahun 2019 hingga bulan Mac 2023.
  • Analisis kedudukan kewangan dijalankan terhadap penyata
    kewangan beraudit tahun 2019 hingga 2022.
tutup


Tag berkaitan:

LIPUTAN MEDIA

  • Tiada Liputan Media berkaitan.

MAKLUMAT

22 November 2023
2022 /
Bahagian/Tajuk
Persekutuan
Kementerian Pendidikan Tinggi

MUAT TURUN

Saiz Dokumen
43.34 MB

Format Dokumen
pdf

Jumlah Muat Turun
363

Baca Muat Turun Portal AG's Dashboard

  • Diterbitkan pada: 12 Mac 2025
  • Laporan ini dilihat: 923
  • Cetak
Hakcipta Terpelihara © Jabatan Audit Negara