MICROSITE LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 

Senarai Laporan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

1. Pengurusan Program Dana Jaminan Makanan di Bawah PRIHATIN

Ringkasan Dokumen

  • Kerajaan telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi bagi membantu meringankan beban rakyat dan komuniti perniagaan semasa tempoh pandemik akibat penularan Covid-19. Program Dana Jaminan Makanan merupakan salah ...
bacaan penuh
  • Kerajaan telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi bagi membantu meringankan beban rakyat dan komuniti perniagaan semasa tempoh pandemik akibat penularan Covid-19. Program Dana Jaminan Makanan merupakan salah satu program yang telah diumumkan di bawah pakej tersebut dengan peruntukan berjumlah RM1 bilion.
  • Program Dana Jaminan Makanan dilaksanakan melalui empat strategi iaitu Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN (RM190 juta), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau PENJANA (RM250 juta), peruntukan kepada negeri (RM100 juta) dan projek pembangunan (RM460 juta).
  • Pengauditan ini hanya meliputi Program Dana Jaminan Makanan di bawah PRIHATIN dengan peruntukan berjumlah RM190 juta. Pengauditan ini dilaksanakan untuk menilai sama ada pengurusan program telah dilaksanakan dengan berhemat, cekap dan berkesan bagi mencapai objektif yang ditetapkan iaitu memastikan bekalan makanan kekal terjamin dan mencukupi dalam tempoh pandemik dengan menggalakkan pengeluaran domestik.
  • Pengauditan meliputi dua bidang utama Audit iaitu prestasi program dan pengurusan program Dana Jaminan Makanan di bawah PRIHATIN bagi tempoh tahun 2020 hingga 2021. Prestasi program dinilai berdasarkan pencapaian output dan pencapaian keberhasilan. Pengurusan program pula meliputi dua perkara iaitu pengurusan perolehan dan penggunaan peralatan.
  • Pengauditan ini melibatkan empat agensi yang terlibat iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Pengauditan ini dilaksanakan terhadap enam skop program melibatkan 1,248 projek.
tutup


Tag berkaitan:

LIPUTAN MEDIA

  • Tiada Liputan Media berkaitan.

MAKLUMAT

16 Februari 2023
2021 / Siri 2
Bahagian/Tajuk
Persekutuan, Badan Berkanun

MUAT TURUN

Saiz Dokumen
6.34 MB

Format Dokumen
pdf

Jumlah Muat Turun
796

Baca Muat Turun Portal AG's Dashboard

  • Diterbitkan pada: 12 Mac 2025
  • Laporan ini dilihat: 1195
  • Cetak
Hakcipta Terpelihara © Jabatan Audit Negara