MICROSITE LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 

Senarai Laporan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

Malaysia Convention & Exhibition Bureau

Ringkasan Dokumen

  • Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) merupakan
    syarikat berhad menurut jaminan yang bukan berorientasikan
    keuntungan. MyCEB ditubuhkan pada 13 Ogos 2009 ol ...
bacaan penuh
  • Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) merupakan
    syarikat berhad menurut jaminan yang bukan berorientasikan
    keuntungan. MyCEB ditubuhkan pada 13 Ogos 2009 oleh
    Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Aktiviti
    utama MyCEB ialah mengenal pasti potensi, memberi sokongan
    dan insentif, menjalankan promosi dan pemasaran serta
    pembangunan industri untuk Acara Perniagaan dan Acara Sukan
    Antarabangsa.
  • Prestasi dan pengurusan aktiviti utama MyCEB yang dinilai ialah
    pengurusan aktiviti sokongan dan insentif iaitu dana subvention
    dan sokongan acara bagi tempoh tahun 2019 hingga bulan
    Jun 2022.
  • Dua perkara yang dinilai bagi prestasi aktiviti ialah pencapaian
    output dan pencapaian keberhasilan. Pencapaian output dinilai
    berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI); prestasi penggunaan
    geran Kerajaan; dan prestasi pembidaan penganjuran acara.
    Pencapaian keberhasilan pula dinilai berdasarkan pelaksanaan dan
    pencapaian Pelan Strategik MyCEB dan kesan pulangan ekonomi
    kepada negara.
  • Bagi pengurusan aktiviti sokongan dan insentif, empat perkara
    yang dinilai ialah permohonan dan kelulusan dana; bayaran dana
    kepada penganjur; bantuan kewangan Program Realiti TV – The
    Challenger 2022; dan pemantauan penganjuran acara.
  • Penilaian terhadap sembilan aspek tadbir urus korporat iaitu
    Pengerusi, Lembaga Pengarah, Setiausaha Syarikat, Ketua
    Pegawai Eksekutif, Prosedur Operasi Standard (SOP), Pelan
    Strategik dan KPI, Jawatankuasa Audit (JKA), Audit Dalam serta
    Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan bagi tempoh tahun 2019
    hingga bulan Jun 2022.
  • Analisis kedudukan kewangan dijalankan terhadap penyata
    kewangan beraudit tahun 2019, 2020 dan 2021.
tutup


Tag berkaitan:

LIPUTAN MEDIA

  • Tiada Liputan Media berkaitan.

MAKLUMAT

16 Februari 2023
2022 / Siri 2
Bahagian/Tajuk
Persekutuan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya

MUAT TURUN

Tiada dokumen untuk muat turun ditemui.
  • Diterbitkan pada: 12 Mac 2025
  • Laporan ini dilihat: 656
  • Cetak
Hakcipta Terpelihara © Jabatan Audit Negara