MICROSITE LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 

Senarai Laporan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

FELCRA Berhad

Ringkasan Dokumen

  • FELCRA Berhad (FELCRA) merupakan syarikat subsidiari milik
    Menteri Kewangan (Diperbadankan) [MKD] dan Pesuruhjaya Tanah
    Persekutuan dengan modal berbayar berjumlah RM500 juta.
    Penubuhan FELCRA a ...
bacaan penuh
  • FELCRA Berhad (FELCRA) merupakan syarikat subsidiari milik
    Menteri Kewangan (Diperbadankan) [MKD] dan Pesuruhjaya Tanah
    Persekutuan dengan modal berbayar berjumlah RM500 juta.
    Penubuhan FELCRA adalah untuk melaksanakan mandat sosial
    melalui program Penyatuan dan Pemulihan (P&P) serta perniagaan
    komersial.
  • Penilaian terhadap aktiviti utama FELCRA meliputi dua bidang
    utama iaitu prestasi dan pengurusan aktiviti mandat sosial serta
    perniagaan komersial bagi tahun 2019 hingga bulan April 2022.
  • Dua perkara yang dinilai bagi prestasi aktiviti ialah pencapaian
    output dan pencapaian keberhasilan. Pencapaian output dinilai
    berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI), prestasi aktiviti mandat
    sosial dan prestasi aktiviti perniagaan komersial. Pencapaian
    keberhasilan pula dinilai berdasarkan prestasi pembayaran dividen
    kepada Kerajaan, prestasi pengagihan dividen kepada peserta dan
    kajian kepuasan peserta program P&P.
  • Tiga perkara yang dinilai bagi pengurusan aktiviti ialah pengurusan
    pengagihan dividen kepada peserta, pengurusan aktiviti
    perladangan dan pengurusan aktiviti perkilangan. Perkara lain yang
    diaudit ialah pengurusan penghutang dagangan serta pemantauan
    syarikat subsidiari dan usaha sama.
  • Penilaian terhadap sembilan aspek amalan terbaik tadbir urus
    korporat iaitu Pengerusi, Lembaga Pengarah, Ketua Pegawai
    Eksekutif Kumpulan, Setiausaha Syarikat, Pelan Strategik dan KPI,
    Prosedur Operasi Standard (SOP), Jawatankuasa Audit dan Risiko,
    Audit Dalam serta Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan bagi
    tahun 2019 hingga bulan April 2022.
  • Analisis kedudukan kewangan tidak dijalankan kerana pengauditan
    penyata kewangan bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021 belum
    dimuktamadkan oleh Tetuan KPMG PLT.
tutup


Tag berkaitan:

LIPUTAN MEDIA

  • Tiada Liputan Media berkaitan.

MAKLUMAT

16 Februari 2023
2021 / Siri 2
Bahagian/Tajuk
Persekutuan
Kementerian Kewangan

MUAT TURUN

Tiada dokumen untuk muat turun ditemui.
  • Diterbitkan pada: 12 Mac 2025
  • Laporan ini dilihat: 1140
  • Cetak
Hakcipta Terpelihara © Jabatan Audit Negara