MICROSITE LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 

Senarai Laporan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

Institut Kefahaman Islam Malaysia

Ringkasan Dokumen

  • Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ialah sebuah
    syarikat berhad menurut jaminan di bawah Jabatan Perdana
    Menteri yang ditubuhkan pada 18 Februari 1992. Aktiviti uta ...
bacaan penuh
  • Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ialah sebuah
    syarikat berhad menurut jaminan di bawah Jabatan Perdana
    Menteri yang ditubuhkan pada 18 Februari 1992. Aktiviti utama
    IKIM adalah untuk menjalankan penyelidikan dan perundingan,
    penerbitan, media, seminar/bengkel/forum dan latihan.
  • Prestasi dan pengurusan aktiviti utama IKIM yang dinilai ialah
    aktiviti penyelidikan dan media bagi tempoh tahun 2019 hingga
    bulan Ogos 2022.
  • Perkara yang dinilai bagi prestasi aktiviti ialah pencapaian
    output dan pencapaian keberhasilan. Pencapaian output dinilai
    terhadap Petunjuk Prestasi Utama (KPI); bilangan penyelidikan
    pusat kajian; bilangan penerbitan pusat kajian; bilangan
    penyiaran baharu; serta prestasi kewangan. Pencapaian
    keberhasilan pula terdiri daripada penglibatan penyelidik dan
    penerbitan bertaraf antarabangsa; pengukuhan imej IKIM;
    penarafan IKIM di radio, TV dan media sosial; serta
    pengiktirafan dan anugerah yang diterima.
  • Bagi pengurusan aktiviti, perkara yang dinilai ialah pengurusan
    aktiviti penyelidikan; pengurusan aktiviti media; pengurusan
    pengiklanan; pengurusan Koleksi Tamadun Islam (KTI);
    pengurusan keahlian IKIM; dan pengurusan aset tanah.
  • Penilaian terhadap lapan aspek amalan tadbir urus korporat
    iaitu Pengerusi, Lembaga Pengarah, Setiausaha Syarikat, Ketua
    Pengarah, Prosedur Operasi Standard (SOP), Pelan Strategik
    dan KPI, Jawatankuasa Audit (JKA) serta Audit Dalam dibuat
    bagi tempoh tahun 2019 hingga bulan Ogos 2022.
  • Analisis kedudukan kewangan juga dijalankan terhadap
    penyata kewangan beraudit tahun 2019, 2020 dan 2021.
tutup


Tag berkaitan:

LIPUTAN MEDIA

  • Tiada Liputan Media berkaitan.

MAKLUMAT

16 Februari 2023
2021 / Siri 2
Bahagian/Tajuk
Persekutuan
Jabatan Perdana Menteri

MUAT TURUN

Tiada dokumen untuk muat turun ditemui.
  • Diterbitkan pada: 09 Mei 2025
  • Laporan ini dilihat: 671
  • Cetak
Hakcipta Terpelihara © Jabatan Audit Negara