MICROSITE LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 

Senarai Laporan

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA

PENGURUSAN TANAH KAWASAN LINGKUNGAN SIMPANAN NEGERI PERLIS

Ringkasan Dokumen

Perkara Utama
Apa yang diaudit?


 Kawasan Tanah Rizab Melayu (TRM) diistilahkan sebagai Kawasan Lingkungan Simpanan (KLS) di negeri Perlis untuk melindungi dan menjaga ...

bacaan penuh

Perkara Utama
Apa yang diaudit?


 Kawasan Tanah Rizab Melayu (TRM) diistilahkan sebagai Kawasan Lingkungan Simpanan (KLS) di negeri Perlis untuk melindungi dan menjaga kepentingan tanah orang Melayu dan orang Siam. KLS di Perlis diwujudkan untuk menyekat tanah Kerajaan daripada dilupuskan dengan apa cara jua pun kepada bukan Melayu dan Siam serta menyekat Tanah Pegangan Melayu dan Siam daripada dibuat apa-apa urus niaga persendirian di antara Melayu dan Siam dengan bukan Melayu.


 Jabatan Tanah Galian Negeri Perlis (JTGPs), selaku Pentadbir Tanah Negeri adalah bertanggungjawab untuk mentadbir dan mengurus KLS di peringkat negeri melalui mandat diperuntukkan di bawah Seksyen 12, Kanun Tanah Negara, 1965.

 

 Skop pengauditan ditumpukan kepada pengurusan tanah KLS di negeri Perlis meliputi dua bidang utama Audit, iaitu prestasi dan pengurusan KLS bagi tempoh tahun 2019 hingga 2021. Prestasi aktiviti KLS dinilai berdasarkan dua perkara, iaitu pencapaian output dan keberhasilan.


 Pencapaian output melibatkan penilaian terhadap prestasi keluasan KLS berbanding tanah negeri Perlis dan prestasi penggantian berbanding pembatalan KLS. Manakala pencapaian keberhasilan dinilai berdasarkan pegangan hak milik KLS mengikut kategori serta penggantian dan pengisytiharan KLS berdasarkan kriteria serupa sifat dan belum dimajukan.


 Pengurusan aktiviti pula merangkumi pewartaan KLS, pengisytiharan KLS dan pencerobohan KLS yang meliputi tempoh tahun 2019 hingga 2021. Pengauditan juga meliputi tahun sebelum 2019 berdasarkan tempoh pewartaan KLS disempurnakan.

tutup


Tag berkaitan:

LIPUTAN MEDIA

  • Tiada Liputan Media berkaitan.

MAKLUMAT

3 Ogos 2022
2021 / Siri 1
Bahagian/Tajuk
Negeri

MUAT TURUN

Saiz Dokumen
10.00 MB

Format Dokumen
pdf

Jumlah Muat Turun
359

Baca Muat Turun Portal AG's Dashboard

  • Diterbitkan pada: 28 April 2025
  • Laporan ini dilihat: 199
  • Cetak
Hakcipta Terpelihara © Jabatan Audit Negara